Video Jururawat Main Telefon Ketika Jaga Pesakit Adalah Benar. Ini Respond Kementerian Kesihatan

JOHOR BAHRU – Video rakaman seorang jururawat sedang memberikan rawatan pernafasan kepada pesakit sambil bermain telefon bimbit di salah sebuah hospital negeri ini disahkan benar Jabatan Kesihatan Negeri Johor, sebentar tadi.

Rakaman klip video berdurasi 29 saat yang sebelum ini tular di laman sosial Facebook dimaklumkan berlaku ke atas seorang pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, pihaknya bersama HSA memandang serius insiden berkenaan dan siasatan terperinci kini sedang dijalankan.

BERJUMPA WARIS KELUARGA

“Pihak (JKN Johor dan HSA) telah pun berjumpa waris keluarga bagi dapatkan gambaran terperinci dan beri penjelasan berhubung perkara ini. Ahli jawatankuasa penyiasat terdiri daripada pakar dan penyelia jururawat juga sudah melakukan siasatan.

“Kita sememangnya mempunyai tatacara pengendalian pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sambil menunggu sebelum dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

TIDAK AKAN AMBIL RINGAN PERKARA INI

“JKN Johor dan HSA memandang serius terhadap kakitangan yang tidak mematuhi ketetapan ini. Jika terdapat unsur kecuaian hasil daripada penyiasatan, kakitangan tersebut boleh dikenakan tindakan tegas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Selahuddeen berkata, berhubung insiden itu juga, arahan penambahbaikan serta-merta langsung dikeluarkan bagi memastikan perkara itu menjadi peringatan kepada kakitangan lain agar sentiasa patuh kepada tatacara ditetapkan.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) adalah kawasan larangan mengambil gambar dan video sekali gus menjadikan ia satu kesalahan sekiranya dibuat.

LARANGAN TELAH DILETAKKAN

“Perkara ini tidak dibenarkan terutama sekali gambar atau video pesakit dalam wad kerana ia melanggari etika dan kerahsiaan pesakit. Jadi kalau ada sebarang masalah lebih elok laporkannya di pihak hospital,” katanya.

VIDEO PENUH JURURAWAT TERSEBUT

1 Comment

  1. SHOULD NOT HAPPEN TJAT WAY..PLZ ALL MATRON WHO SUPPOSE TO SUPERVISED YOUR GURLS ..WHERE ARE YOU ….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*