Pemandu Bas Ini Membawa Bas Yang Penuh Dengan Penumpang Seperti Memandu Kereta Drift Tetapi Rupa Rupanya




Sebelum kita cerita tentang pemandu bas drift, Tahukah Anda : Kenapa Bas Tidak Wajib Pasang Tali Pinggang Keledar?

Sila Ke Artikel Terakhir Untuk Ketahui Hal Sebenar Pemandu Bas Drift

1. TALI PINGGANG KELEDAR TIDAK JADIKAN BAS LEBIH SELAMAT

Bunyinya agak kelakar, tetapi itulah jawapan paling utama, sekurang-kurangnya bagi bas sekolah (berasaskan kajian yang menumpukan kepada bas sekolah). Faktanya, tali pinggang keledar tidak menjadikan sesebuah bas itu selamat.

Secara keseluruhan, bas itu sendiri adalah antara kenderaan atas darat paling selamat – 40 kali lebih selamat berbanding kereta. Malah, jumlah kematian membabitkan penumpang bas juga adalah paling rendah setiap tahun.

2. SUDAH SEDIA ADA KONSEP KESELAMATAN

Penyandar kerusi bas biasanya tinggi. Belakang kerusi sudah siap dilapik pad.
Bagi menjawab tentang isu keselamatan (kita fokuskan bas sekolah), kebanyakan bas sekolah dibina dengan mengaplikasi konsep dipanggil pemetakan atau compartmentalization, di mana barisan kerusi dalam bas sengaja diatur rapat satu sama lain, dan penyandar kerusi itu sendiri direka tinggi dengan bahagian belakang berlapik pad.

Apabila berlaku kemalangan secara berdepan, jarak kerusi yang sangat rapat dapat meminimumkan impak perlanggaran, manakala pad di belakang penyandar akan menyerap impak tersebut seperti fungsi awal penciptaan beg udara dahulu.

3. KETINGGIAN BAS JADI KELEBIHAN

Saiz bas yang besar dan tinggi juga memberikan kelebihan keselamatan apabila berlaku kemalangan dengan kenderaan lebih kecil. Misalnya, jika berlanggar dengan kereta, impak kerosakan yang berlaku biasanya di bawah lantai kerusi penumpang.

Jadi, risiko kecederaan dan maut untuk bas adalah lebih rendah berbanding kenderaan lain yang lebih kecil.

4. TETAPAN KESELAMATAN TIDAK SAMA IKUT JENIS BAS

Jika anda perasan, bas sekolah (jenis baru) dan bas ekspres biasanya memiliki kerusi dengan penyandar tinggi. Lantai kerusi turut direka lebih tinggi, di mana penumpang perlu mendaki tiga hingga empat anak tangga ke atas.

Sebaliknya, tetapan kerusi bagi bas dalam bandar tidak sama dan didatangkan dengan penyandar lebih rendah. Sesetengah penyandar cuma separas bahu. Lantai kerusi pula agak ke bawah bagi memudahkan warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) menaiki bas.

Susunan kerusi lebih terbuka dan ada barisan penumpang yang akan duduk saling mengadap. Ini berbeza dengan bas sekolah dan bas ekspres yang direka secara selari (perhatikan bas RapidKL) dan semua penumpang mengadap sehala, iaitu ke depan sahaja. Tetapan keselamatan bas berbeza mengikut jenis bas itu sendiri. Bas ekspres lebih laju, dan bas sekolah pula membawa kanak-kanak, manakala bas dalam bandar ada had laju tertentu yang dibenarkan.

5. TALI PINGGANG KELEDAR NAIKKAN KOS

Ini antara alasan lain yang memang rasional difikirkan. Bayangkan sebuah bas dengan lebih 30 kerusi, berapa pula kos yang diperlukan untuk memasang tali pinggang keledar.

Bas yang lengkap dengan ciri keselamatan itu memerlukan anggaran kos tambahan kira-kira RM34,000 hingga RM65,000. Siapa cakap tali pinggang keledar murah?

sumber: pandulaju.com.my

Aksi pemandu bas gi la ini buat penumpang cuak. Lihat apa yang berlaku diakhir video ini

Sebuah video aksi gi la seorang pemandu bas berjaya dirakam. Dapat dilihat bagaiman beliau dengan berani memandu dengan laju walaupun jalan2 berliku dan curam. Di celah2 bukit, aksi drift bas tersebut buat penumpang cemas. Kejadian ini dipercayai berlaku di luar negara.

Diharap, pemanduan seperti ini tidak berlaku di negara kita kerana seperti sedia maklum, banyak kejadian kemalangan ngeri melibatkan bas terjadi di negara kita.

Kejadian Sebenar

Video bas DRIFT itu sebenarnya telah diedit dan dilajukan sedikit. Jadi kelihatan seperti pemandu bas tersebut sedang membawa bas yang sangat laju. Dibawah adalah video sebenar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*