Tengok Gelagat Lucu Anak Comel Ini Bila Dia Marah Daddy Dia. Memang Panjang Akal Anak Comel Ini




Memang mencuit hati, pasti anda akan tengok video ini berulang kali. Sila scroll terus kebawah jika ingin melihat video penuh.

Ciri Ciri Anak Bijak

Ramai ibu ayah beranggapan perangai anak adalah perkara biasa seorang kanak-kanak. Tapi rupanya itu antara ciri-ciri anak bijak yang ada pada anak kita. Mungkin sesetengah ibu bapa beranggapan anak bijak adalah yang mempunyai tahap akademik yang baik semasa di sekolah nanti.

Sebenarnya tahap kecerdasan si anak boleh diketahui lebih awal sebelum mereka masuk sekolah lagi. Bijak itu sesuatu yang subjektif. Bukan hanya tertakluk kepada pencapaian akademik semata-mata sahaja kerana ada banyak perkara yang boleh diteroka oleh si kecil asalkan betul caranya.

Jom semak ciri-ciri anak bijak ini, mungkin ia ada pada anak anda.

1. Daya ingatan yang kuat

Perasan tak ada kanak-kanak yang mempunyai daya ingatan kuat sehingga boleh ingat segala apa yang dijanjikan oleh ibu ayahnya meskipun janji tersebut sudah lama. Kadangkala si kecil juga masih ingat macam-macam hal yang berlaku ketika dia masih kecil lagi.

Kanak-kanak yang bijak selalunya boleh ingat bermacam informasi yang pernah didengar atau dilihat dan akan mengulang cakapnya semula. Contohnya kalau dia pernah berkunjung ke muzium, zoo dan sebagainya, si kecil boleh ingat kembali apa yang dilihat di situ dan menceritakan semula dengan baik.

2. Tertarik dengan bermacam perkara

Jika anak anda mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu perkara seperti minat kereta, dinosaur, ruang angkasa, binatang, laut, kapal terbang dan bermacam perkara lagi, biarkan dia meneroka minatnya itu.

Biasanya anak yang bijak mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu perkara sehingga dia akan mencari pelbagai maklumat dengan banyak bertanya, melihat/membaca buku (jika sudah boleh membaca), menonton di youtube atau apa sahaja cara bagi dia mengetahui perkara yang diminatinya.

3. Minat nak menulis dan membaca sebelum ke sekolah

Anak yang bijak selalunya mempunyai kemampuan untuk menulis dan membaca lebih awal walaupun belum diajar secara formal di sekolah. Ini disebabkan sikap ingin tahunya yang tinggi terhadap sesuatu perkara.

Perkenalkan anak-anak dengan buku bergambar yang mempunyai sedikit teks sesuai dengan perkembangan usianya. Biasanya anak bijak akan teruja untuk tahu membaca buku tersebut tanpa perlu dipaksa. Rasa ingin tahu yang datang secara semula jadi itu akan mendorong mereka untuk belajar membaca.

4. Petah bercakap

Geram kalau tengok kanak-kanak yang petah bercakap. Pandai pula dia bersembang macam-macam topik dengan orang dewasa yang melayannya bercakap. Macam-macam jawapan dan pendapat diberinya dengan confident.

Oh, Kalau Anak Anda Pun Begini Maka Teruskan Beri Galakan Dan Semangat Kerana Ini Ciri Anak Yang Bijak.

Ini kerana kanak-kanak yang petah bercakap mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi kerana mereka mampu meluahkan pendapat dan perasaannya.

5. Boleh fokus pada sesuatu perkara

Biasanya kanak-kanak susah nak fokus dalam masa yang lama, tetapi anak yang ada ciri-ciri kecerdasan tinggi selalunya mempunyai kemampuan boleh memberi perhatian dan fokus.

6. Mempunyai kosa kata yang tinggi

Adakah anak anda mempunyai kosa kata tinggi yang anda sendiri tak jangka mereka akan ucapkan? Mereka faham pada penggunaan perkataan tersebut dan menggunakannya dalam situasi yang tepat serta boleh menyusun ayat dengan struktur yang lengkap pada usia yang masih kecil. Ini antara ciri-ciri anak bijak berbanding kanak-kanak lain seusianya. РSumber PAMA

Bila Anak Comel Marah Daddy Dia ..

Telatah anak kecil bernama Mariam ini mendapat reaksi melucukan dari netizen. Dengan mimik mukanya dan petah bercakap anak perempuan kecil ini memarahi ayah dia sendiri selepas ayah dia tanya siapa yang buat sepah. Mari layan …

By: KL VIRAL

 

 

 




1 Comment

  1. ini baru umor 3-4 tahun dah berani melawan abah. semua menjadi bahan gelaq oleh ibu bapa. anak ingat okay kelakuanm dia. jadi apabila besaq dia akan lebih aggresive. ini lah fitnah akhir zaman.
    Allahu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*