Lelaki Ini Naik Angin Dan Menampar Pengawal Keselamatan Secara Tiba Tiba. Punca Sebenar Didedahkan




Video Seterusnya Berada Di Bawah Artikel

Jika kita sebut pengawal keselamatan semestinya kita tahu bahawa kerja ini semestinya dipegang oleh warga asing. Untuk kita melihat warganegara Malaysia sendiri bekerja sebagai pengawal keselamatan atau security guard ini tidak ramai.

Kebanyakkan pengawal keselamatan adalah datang dari Nepal dan jika anda selidik kebanyakkannya adalah bekas tentera. Ada syarat syarat sebuah syarikat untuk mengambil warga asing untuk menjadi pengawal keselamatsn.

Kerja Duduk Sahaja Ke?

Ramai beranggapan kerja pengawal keselamatan terutama jaga pintu atau palang keluar masuk adalah satu kerja mudah. Bagi mereka yang tidak tahu, mereka adalah pertahanan pertama untuk menjaga keselamatan sesebuah kawasan. Sebab itu sekiranya anda pergi ke sesuatu tempat contohnya apartment yang agak mewah dan anda gagal untuk memberikan butir butir yang sepatutnya jangan harap dapat masuk dalam kawasan kecuali anda berjalan kaki.

Sekuriti Guard Kena Lempang?

Dipetik dari laman facebook netizenmy, mereka memuat naik satu rakaman video yang berasal dari seseorang bernama Kelvin So. Video ini menunjukkan 3 orang lelaki cuba untuk memasuk dalam kawasan kediaman tetapi ditahan oleh pengawal keselamatan.

Lelaki tersebut diminta untuk memberikan alamat rumah yang ingin mereka pergi tetapi gagal kerana alamat yang diberikan tidak berada dalam kawasan tersebut. Samada alamat itu salah tulis atau mereka salah tempat itu tidak pasti.

Bengang sebab dihalang masuk, seorang lelaki turun dan ditamparnya pulak pengawal keselamatan tu. Kejadian berlaku di Fenix Villa, Setia Tropika, JB.

Rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana menampar pengawal keselamatan tersebut dan mereka meminta supaya PDRM masuk campur dan siasat.

Setakat ini tiada laporan polis rasmi diterima mengenai kes tersebut.

Video Pengawal Di Tampar.

By: KL VIRAL




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*