Ini Rupanya Petua Untuk Cuci Bilik Air Agar Kekal Bersih Dan Ianya Sangat Senang




Petua Cuci Bilik Air Dan Tandas Semudah ABC

Dari minggu lepas Aza agak sibuk laaa sikit. Campur si Yusuf tak sihat. Memang tak boleh nak buat apa la. Mata da sakit da tengok bilik air dan tandas.

Kebiasaan 2 kali seminggu Aza kasi sental menyental nie. Tapi sebab kekangan masa nie Aza tak sempat nak buat. Bukan malas tau. Hehe. Dah ramai anak-anak nie memang cepat kotor la bilik air. Kat tandas plak sebab salur air mesin basuh kuar kotor la lantai kat situ.

Semalam Aza buat tips niee. Sebab nak menyental pun da lewat malam. Badan dah penat dukung Yusuf seharian campur Aza sakit gigi sampai demam.😂

Aza cuma share je. Tapi Aza tidak amalkan sangat cara nie. Aza lebih suka sental dengan sabun serbuk je. Cuma bila keadaan terdesak baru guna cara nie.

Jom tengok apa bahan yang perlu di gunakan.

Clorox

Cuka

Soda bikarbonat

Cecair pembersih Ajax

Air

Botol spray

Cara-caranya ialah.

Isikan air, clorox,soda bikarbonat dan cecair pembersih Ajax. Tuangkan campuran itu ke dalam botol spray dan goncang kan.Kemudian spray dan biarkan sampai pagi. Buat waktu malam lagi senang. Takde la anak-anak kuar masuk kan.

Selepas itu siram dengan air suam. Lagi bersih uollss

Senangkan. Untuk ibu-ibu yang bekerja pun boleh cuba tau..

 

Kredit : Azariah Azariah Mohamed




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*