Niat Nak Berteduh Daripada Hujan. Duduk Bawah Jambatan Tapi Basah Juga Akhirnya

Cuaca sekarang sememangnya tidak menentu, kadang kadang hujan dan bila hujan dia punya lebat memang menakutkan dan kadang kadang panas sehingga nak keluar rumah pun tak larat untuk tahan kepanasan matahari.

Kalau lihat cuaca sekarang dengan hujan lebat sehari dua ini memang susah untuk kemana mana. Walaupun dengan menaiki kereta sudah pasti anda akan tersangkut berjam jam dalam kesesakkan lalulintas disebabkan oleh hujan lebat. Belum dikira dengan bahayanya ketika hujan, dengan jarak penglihatan makin rendah dan jalan raya licin.

Tetapi paling susah adalah bagi kenderaan yang tidak berbumbung seperti motorsikal dan basikal. Mereka tiada tempat berlindung dan ketika hujan kawasan utama mereka adalah samada di bawah jambatan, jenjantas atau stesyen minyak.

Kesian Pakcik Ini Dah Berteduh Pun Kena

Satu rakaman video telah dimuatnaik semua ke laman media sosial facebook menunjukkan seorang lelaki berusia yang sedang berteduh di bawah jambatan atau jenjantas kerana hujan lebat.

Video ini mendapat tontonan dan share yang tinggi dan rata rata netizen meluahkan rasa kasihan kepada lelaki ini. Walaupun dia cuba berlindung dari terkena hujan tetapi munkin nasib dia tidak berapa baik apabila kawasan yang dia berteduh rupanya berlopak air yang banyak dan itu adalah laluan kereta.

Sebuah kereta dengan lajunya lalu dan secara tidak sengaja melanggar lopak air dan mengakibatkan lelaki ini kebasahan. Lelaki ini hanya menggunakan basikal dan kelihatan seperti lelaki ini pengumpul barang buangan.

Hati Hati Memandu

Kemunkinan pemandu kereta tersebut tidak perasan pun dengan kehadiran lelaki itu. Untuk semua pemandu, berhati hati ketika lalu bawah jambatan ketika hujan sebab pada waktu itu pengguna beroda dua ini memang ramai yang berteduh. Banyak kes kes yang tidak diingini melibatkan pengguna sikal berteduh dan pengguna kenderaan beroda empat ini melang gar mereka.

Hati hati di jalan raya. Selalu peka dengan keadaan sekeliling.

Artikel By: KL Viral

Kredit Video: HyperViral dan ViralPress Malaysia

Video Tambahan …

Motor besar bila hujan berenti bawah jambatan jugak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*