Kalau Ada Benda Ini Pada Rambut Anda Pasti Rasa Rimas Tak Sudah Tapi Ada Cara Nak Hilangkannya




Kutu rambut? Dengar saja sudah membuatkan kita rasa geli dan meremang bulu roma.

VIDEO PENUH DI AKHIR ARTIKEL

Mungkin bagi mereka yang mempunyai masalah kutu rambut, ia amat menyeksakan hidup. Kepala terasa tidak selesa sama sekali sehinggakan pergi ke mana saja akan tetap menggaru kepala. Buruk dipandang tetapi itulah yang dapat melegakan kegatalan yang dirasa.

Jangkitan kutu rambut sering berlaku dan mudah berjangkit terutamanya di kalangan kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah. Tetapi orang dewasa pun boleh terkena serangan kutu rambut.

Kutu rambut adalah parasit yang hidup di celah-celah rambut dan makan sejumlah kecil darah pada kulit kepala. Gigitannya menyebabkan rasa gatal disebabkan muntahan air liur kutu rambut yang terkena pada kulit kepala.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kutu Rambut

  • Telur kutu rambut mengambil masa 7-10 hari untuk menetas.
  • Telur kutu rambut kecil dan berwarna kuning, kuning pekat atau perang sebelum ia menetas.
  • Anak kutu rambut yang menetas berwarna jernih dan akan berada pada akar rambut, iaitu dekat permukaan kulit. Ini berikutan suhu di kawasan itu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
  • Kutu rambut berupaya menghisap darah antara empat hingga enam jam sekali.
  • Disebabkan warnanya yang jernih, sekali imbas, anak kutu rambut kelihatan seperti kelemumur.
  • Seekor kutu rambut dewasa boleh menghasilkan sehingga 10 telur dalam sehari.
  • Jangka hayat kutu rambut dewasa adalah kira-kira 3 – 4 minggu.
  • Kutu rambut dewasa memiliki enam kaki, tidak bersayap dan berukuran dua hingga empat milimeter panjang dan berwarna perang gelap, tetapi akan berwarna lebih gelap pada rambut yang hitam.
  • Dalam tempoh itu kutu rambut betina boleh bertelur antara 3 hingga 10 telur setiap hari. Ada juga kutu rambut betina yang boleh bertelur sehingga 5,000 biji telur sepanjang hidupnya.

LANGKAH BERKESAN HILANGKAN KUTU RAMBUT

Selain sikat kutu, ibu-ibu juga boleh gunakan cara di bawah iaitu:

1. SAPU MINYAK ZAITUN

Agen yang paling baik untuk membuang kutu.

Caranya: Lakukan pada malam hari sebelum tidur. Sapu minyak pada rambut dan bungkus kepala dengan ‘shower cap’semalaman. Esoknya, sikat rambut untuk membuang kutu yang melekat.

2. GUNA PENGERING RAMBUT

Udara panas boleh membunuh telur-telur kutu.

Caranya: Setiap kali basuh rambut, guna pengering rambut untuk mematikan telur-telur kutu. Ini kerana berbanding telur dan kutu hidup, telur kutu lebih sukar dimatikan. Hanya dengan udara panas sahaja, telur ini dapat dimusnahkan.

3. BERSIHKAN BILIK DAN BARANG ANAK

Sentiasa gantikan cadar dan sarung bantal, terutamanya jika anak berkongsi bilik dengan adik-beradik. Seelok-eloknya, mereka yang dijangkiti kutu diasingkan sehingga anda berhasil hilangkan kutu secara menyeluruh.

Caranya: Basuh sarung katil, sarung bantal, cadar dan tualanya dengan air panas begitu juga sikat yang digunakan untuk mengelakkan daripada kutu berjangkit pada seisi rumah.

4. ELAK KONGSI BARANG PERIBADI

Seeloknya elak berkongsi sikat, tudung, helmet atau topi dengan ahli keluarga kerana jika ada yang masalah kutu, dengan mudah ia berjangkit pada ahli keluarga lain.

5. ELAK KUTU DENGAN ESSENTIAL OIL

Minyak aromaterapi ini mampu mengelakkan kutu melekat pada barangan anda mahupun permukaan kulit kepala.

Caranya: Titiskan essential oil seperti tea tree oil pada barang peribadi anda seperti sikat untuk mengelakkan kutu melekat padanya. Boleh juga dititiskan pada rambut semasa menyikat kutu.

6. BILAS RAMBUT DENGAN CAMPURAN AIR DAN CUKA PUTIH

Cuka yang bersifat asid dapat menghalang kutu daripada terus hidup di dalam rambut. Namun, pastikan anda mencairkannya terlebih dahulu kerana baunya agak kuat dan masam.

Caranya: campurkan sedikit cuka putih ke dalam air dan bilas kepala.

7. ELAK GUNA PRODUK DARIPADA BAHAN KIMIA

Ada sesetengah produk ini apabila disapu pada rambut dan terdedah pada bahan api, ia boleh menyebabkan rambut terbakar.

Oleh itu, cuba ramuan organik untuk hilangkan kutu dengan berkesan dan selamat. Apabila semuanya tidak berkesan, barulah beralih kepada bahan kimia. Pastikan anda tidak menggunakannya secara berlebihan, ya.

LAKUKAN LANGKAH DI ATAS DENGAN KONSISTEN UNTUK HILANGKAN KUTU RAMBUT

Jangan lakukan sekali sahaja cara di atas. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan, ia perlu dilakukan dengan kerap sehingga rambut anak bebas kutu.

Yang penting, jaga kebersihan dan pastikan anda selalu meninjau kesihatan rambut mereka, terutamanya jika anak-anak suka membela rambut panjang.

Hilangkan kutu rambut mengambil masa yang agak lama kerana kutu rambut juga cepat membiak. Jadi, kalau nampak anak anda mula menggaru, cepat-cepatlah periksa sebelum kutu bermaharajalela di atas kepala!

Posted by Nifza Yanti on Wednesday, September 26, 2018

Sumber Rujukan : Google




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*