Allahu Sebak Bila Lihat Abang Memberi Adik Kecilnya Puting Tetapi Abang Kecil Ini Tiada Tangan




Subhanallah, bila melihat video ini dengan lirikan lagu di belakang sememangnya membuat sesiapa merasa sebak. Walaupun Abang Kecil tiada tangan tetapi dia tetap berusaha untuk memberi puting kepada bayi yakni adiknya sendiri yang sedang menangis. Ini adalah kasih seorang Abang kepada Adik.

Ini Kisahnya ..

Camden, yang dilahirkan dengan Sindrom Amelia-Phocomelia (sindrom kongenital yang jarang berlaku yang menyebabkan anggota badan yang ca cat).

Beliau bukan sahaja mempunyai tangan yang kudung, kedua-dua belah kakinya turut kudung. Di dalam video yang tular ini menunjukkan Camden datang memujuk adiknya yang sedang menangis.

Camden kelihatan berusaha mengambil puting yang berada berdekatan dengan adiknya itu dan meletakkan ke mulut adiknya yang sedang menangis.

Camden adalah seorang kanak-kanak yang berdikari dan tidak suka sesiapa pun untuk membantunya melakukan sesuatu, tetapi jika dia memerlukan bantuan, dia akan meminta bantuan daripada ibu atau ayahnya.

‘Dia mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang mengagumkan. Dia mencuba berulang-ulang kali sehingga dia berjaya mendapatkannya dan jika tidak berjaya, maka itu bukan masalah besar kepadanya, ” kata ibunya.

Jagalah hubungan kita dengan adik beradik

JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa dihargai org ramai
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan…Ibubapa kita juga akan Aman disana melihat anak anak mereka.

Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak.

Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa , adik-beradik bergaduh ,Sedangkan itu cuma harta dunia. harta yang membawa hingga ke Jannah Allah adalah silaturahim adik beradik itu.

Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT. Kita bertemu Allah paling kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.

SUMBER : KucingHitamm




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*