Mesti Tak Sangka Ini Cara Paling Mudah Untuk Anda Cuci Tandas. Tak Perlu Bongkok Bongkok Lagi




Bila sebut cuci tandas mesti ibu ibu atau isteri akan mengeluh, nak sental kerak kerak kotoran itu semua bukan perkara yang mudah.

Kena bongkok dengan lama, nak sental sana sini. Bila ada anak anak lagi cepat tandas itu kotor. Tetapi ada cara alternatif untuk buat tandas anda bersih dalam masa yang singkat. Mari baca ..

Cara Mudah Bersihkan Mangkuk Tandas Berkerak, Hasilnya Pasti Mengejutkan Anda

Cara Mudah Bersihkan Mangkuk Tandas Berkerak, Hasilnya Pasti Mengejutkan Anda

Mangkuk tandas yang kerap digunakan sudah tentu akan ‘berkerak’ dan kelihatan kotor. Kalau anda sekadar menyiram dengan air atau ‘flush’ air sahaja sudah tentu kerak itu tidak akan hilang.

Ada juga sesetengah orang yang menggunakan sabun dalam kuantiti yang banyak dan terpaksa menggosok ‘toilet bowl’ bertalu-talu bagi menghilangkan kerak tersebut. Kalau anda juga menggunakan kaedah yang sama, apa kata next time anda cuba kaedah yang lebih mudah ini untuk membersihkan kerak pada mangkuk tandas. Anda pasti kagum dengan perubahannya nanti.

TIP BERSIHKAN MANGKUK TANDAS YANG BERKERAK

GUNAKAN CUKA

Anda perlu siramkan cuka dalam kuantiti 2 gelas pada sekitar permukaan dan penutup tandas. Lepas itu biarkan selama 2 jam.

Setelah 2 jam, anda hanya sekadar perlu menggosok toilet bowl dengan berus. Tidak perlu terlalu berkeras cukup sekadar menyental kerak dan kotoran yang ada kemudian bilas dengan air bersih. Cuka yang bersifat menghakis itu membantu menghilangkan kotoran degil dengan mudah.

COKE

Jika tiada cuka, anda juga boleh gantikan dengan coke (coca cola). Caranya sangat mudah, anda hanya perlu tuang coke kedalam mangkuk tandas dan biarkan selama sejam. Kemudian ‘flush’, segala kotoran akan hilang kesan daripada tindakan ‘citric asid’ yang terdapat pada coke.

AWAS! Walaupun bahan-bahan ini digunakan dalam masakan anda harus menggunakan penutup mulut apabila menggunanya untuk membersih tandas. SUMBER : IMPIANA




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*