Guru Pengiring Ini Jelaskan Kenapa Pelajar Ini Menangis Ketika Melihat Kain Nabi Muhammad SAW




Pameran barangan Rasulullah di TTC

KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri ini berpeluang melihat secara dekat lebih 22 barangan milik Rasulullah SAW yang dipamerkan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), di sini selama sebulan.

Pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat yang turut membawa bersama lebih kurang 10 barang milik sahabat Nabi Muhammad SAW itu akan dipamerkan bermula 23 September hingga 23 Oktober ini.

Penasihat penganjuran, Profesor Dr Abd Manan Embong berkata, pameran atas usaha bersama kerajaan negeri dengan juga Syarikat Dragon Heart Sdn Bhd dan Galeri Warisan M.A.R itu julung kali diadakan di Terengganu.

Menurutnya, pameran seumpama itu pernah dilakukan di beberapa lokasi seperti Melaka, Putrajaya, Kelantan, Kedah, Johor Bahru, Shah Alam, Brunei dan Singapura.

“Antara barangan yang dipamerkan kepada umum nanti ialah rambut Rasulullah SAW, darah bekam, capal, tapak kaki, serban dan tongkat. Manakala barangan para Sahabat pula lebih kepada senjata seperti pedang.

“Barangan ini dibawa khas dengan cara meminjam dari beberapa negara iaitu Jordan, Mekah, Madinah, India dan Syria dengan kos RM270 juta untuk bayaran insurans dan perbelanjaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Manan berkata, pameran itu ialah aktiviti jelajah ke seluruh Asia yang dilaksanakan bagi tujuan mendekatkan umat Islam melalui khazanah peninggalan Rasulullah dan para sahabat walaupun tidak pernah bertentang mata.

“Saya berharap penganjuran pameran yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di TTC nanti dapat menarik seramai 200,000 orang dalam tempoh sebulan.

“Saya yakin, pameran ini bukan sahaja dikunjungi rakyat Terengganu tetapi dari seluruh negara dan dunia kerana berdasarkan pameran sebelum ini, terdapat juga orang luar kawasan dan luar negara datang melihat barangan yang dipamerkan,” katanya.

Abd Manan mengajak orang ramai supaya merebut peluang keemasan itu walaupun bayaran RM10 dan RM5 dikenakan terhadap dewasa dan kanak-kanak kerana nilai barang yang dipamerkan lebih mahal malah tiada tolak bandingnya. SUMBER : Sinar Harian

Kanak Kanak Sekolah Ini Menangis Ketika Melihat Kain Nabi Dan Lelaki Ini Minta Pihak Berwajib Siasat Adakah Ini Ajaran Tidak Betul?

Ketika pameran terdapat rombongan pelajar sekolah dan ketika berhenti replika mak@m Rasullulah, mereka menangis. Mereka seolah olah bersedih dan berdiri rapat dengan kain penutup yang dikatakan milik Nabi Muhammad SAW.

Seorang lelaki bernama Abu Mustaqim Khairul Ikhwan memuatnaik status di laman rasmi Facebook beliau tentang isu tersebut.

Berlaku di pameran replika barang nabi di Terengganu. Kerajaan negeri minta tolong siasat, ni bukan cara syg pada nabi,,, heran, bab gini xleh kawal,

.

Apa semua ni??? Nabi ajar ke??? Betul ke tu barang nabi?? Kalau betul kemukan bukti….
Jangan kata benda ni main2, ni masalah aqidah.

JAWAPAN KENAPA PELAJAR KECIL INI MENANGIS DARI CIKGU PENGIRING

Selepas isu itu menjadi tular, salah seorang dari guru pengiring pelajar pelajar tersebut telah tampil buat kenyataan.

Lelaki yang bernama Syed Mujtahid Al-Habsyee menjelaskan tuduhan dari Abu Mustaqim Khairul Ikhwan adalah tidak benar. Untuk mengelakkan perkara yang tidak betul berterusan cikgu tersebut memberi penjelasan.

Diharap penjelasan ini terang dan jelas. Sebelum kita berkata kata haruslah kita selidik dahulu atau kita bertanya. Insyallah semua akan dipermudahkan.

 

By: Kl Viral

 




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*