McGregor pernah bisik di telinga Khabib dan menawarkan sesuatu Pada Pusingan Ketiga Sebelum Kalah. Ini Apa McGregor Bisik

Khabib Nurmagomedov telah mengalahkan Conor McGregor sekaligus menjadi juara dunia kelas Lightweight UFC pada Minggu di Las Vegas, Amerika Syarikat. Tapi, cerita itu mungkin telah basi.

Ini kisah yang mungkin ada tidak tahu, pertarungan dua jaguh UFC ini sebenarnya amat menguntungkan pihak UFC serta kedua-dua belah pihak. Siaran perlawanan itu dikawal media dan hanya ditayangkan kepada penyiar yang diberi hak dan penonton yang membayar untuk menyaksikan perlawanan bersejarah itu.

Sebelum pertarungan berlangsung, McGregor memanaskan suasana dengan serangan kontroversi terhadap Khabib adalah untuk menarik minat pengemar sukan itu. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghina agama serta mengelar jurulatih Khabib sebagai pengganas asalkan rating perlawanan itu naik.

Satu rakaman jarak dekat yang diberi senikata ketika perlawanan itu berlangsung menunjukkan McGregor berbisik sesuatu di telinga Khabib Nurmagomedov. McGregor tahu dia akan kalah dan cuba menenangkan kemarahan Khabib dengan menyebut “it’s only a bussiness” dan pujukan “let’s talk” pada hujung pusingan ketiga.

Sudah tentu ini hanya perniagaan, Dana White merupakan presiden UFC dan McGregor pula anak emas presiden sukan itu. Dana White telah merancang semua ini dengan bijak sekali. Pertarungan antara McGregor dan Floyd sebelum ini juga bermula dengan provokasi hingga UFC boleh menjana hingga USD100 Juta untuk mereka.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini McGregor dijangka akan dibayar USD3 juta sementara Khabib akan membawa pulang wang USD2 juta bersih untuk pertarungan itu walaupun bergelar juara. McGregor pula menjangka dia akan mendapat lebih dari itu kerana iklan serta bayaran bonus dari pihak tertentu kerana menarik begitu ramai penonton untuk membeli siaran tersebut.

Sementara itu pihak UFC pula menjangka mereka akan menjana dalam lingkungan USD50 Juta hasil dari perlawanan itu kerana ditonton hampir seluruh negara di dunia. – jangan lupa kali empat duit tu.

Kronologi Ringkas Apa Sebenarnya Berlaku Antara Khabib VS McGregor

Kronologi Ringkas Apa Sebenarnya Berlaku Antara Khabib VS McGregor | Salam.my – Perlawanan antara Khabib dan McGregor dalam UFC 229 telah menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan Khabib telah dihina oleh McGregor sebelum perlawanan bermula. Ini kisah penuh. Ada video.

KEEGOAN bintang seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor ditundukkan selepas dia tewas dengan petarung Rusia, Khabib Nurmagomedov dalam kejohanan UFC 229 yang lepas.

Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi ‘submission’ (kuncian) ‘rear naked choke’ pada minit 3.03 pusingan keempat.

Kedua-dua petarung berusia 30 tahun itu memberi saingan hebat antara satu sama lain, meskipun Khabib dilihat lebih mendominasi pertarungan tersebut.

McGregor juga kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga apabila pertarungan dibawa ke ‘ground’.

Pada pusingan keempat, Khabib mencari peluang untuk menghabiskan pertarungan, dan berjaya menjatuhkan McGregor serta membuat kuncian leher dari belakang, seterusnya memaksa petarung Ireland itu menyerah kalah.

Namun, pergaduhan tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor.

Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor.

Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Khabib kini mempunyai rekod kemenangan 27-0.

Bagi McGregor pula, ini merupakan pertarungan MMA pertamanya di Octagon selepas hampir dua tahun tidak beraksi.

Kejohanan UFC 229 ini merupakan kejohanan terbesar dalam sejarah UFC, yang mungkin mampu mencatat kutipan AS$2 juta dalam tontonan ‘pay-per-view’.

Kali terakhir McGregor beraksi dalam UFC adalah ketika menentang Eddie Alvarez pada November 2016.

Pertarungan itu menyaksikan McGregor menundukkan Alvarez pada pusingan kedua menerusi pukulan ‘technical knockout’ (TKO).

Dia seterusnya menjadi petarung UFC pertama yang memegang dua tali pinggang dalam masa yang sama.

Sebelum ini, McGregor pernah bertarung dengan Floyd Mayweather dalam acara tinju professional pada Ogos 2017, namun tewas di tangan petinju Amerika Syarikat tersebut.

McGregor ditewaskan menerusi keputusan TKO pada pusingan ke-10.

‘Kalau pecahkan kereta saya, saya beritahu bapa kamu’

'Kalau pecahkan kereta saya, saya beritahu bapa kamu'

JUARA lightweight UFC dunia, Khabib Nurmagomedov ‘mengugut’ akan memecahkan kereta Presiden UFC Dana White jika tali pinggang yang dimenanginya itu tidak diserahkan kepadanya.

Namun, itu hanyalah satu bentuk gurauan dari jaguh seni bela diri campuran (MMA) Rusia itu di laman Instagramnya, semalam.

“Nasib baik kamu dah serahkan talipinggang pada saya, kalau tidak saya pecahkan kereta kamu. Saya tahu lokasi kereta kamu,” katanya sambil bergambar bersama tali pinggang kejuaraanya itu dan bersandar pada sebuah kereta BMW hitam.

Kapsyen itu mendapat reaksi segera dari White yang ‘mengadu’ akan melaporkan kepada bapanya jika dia berbuat demikian.
“Saya beritahu bapa kamu,” kata White, dan kemudiannya dibalas pula oleh Khabib dengan mengatakan, “Tidakkkkk!”

Perbualan Khabib dan Dana White di Instagram. - Instagram/@khabib_nurmagomedov

Khabib, meskipun ganas di gelanggang, namun dia juga dikenali dengan sikap amat menghormati orang dan takut dengan bapanya.

Sebelum ini, dia pernah mengakui takut dihempuk bapanya jika pulang ke kampung halamannya di Sidli, Dagestan susulan tindakannya melompat keluar gelanggang dan menyerang kem Conor McGregor pada kejohanan UFC 229, pada Ahad.

Bagi yang baru mengenali Khabib, petarung beragama Islam ini dilatih bapanya sejak kecil dan Abdulmanap diiktiraf sebagai bapa sukan MMA di Dagestan kerana berjaya melahirkan lapan juara dunia dan Olimpik.

Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi ‘submission’ (kuncian) pada minit 3.03 pusingan keempat.

Khabib kini mempunyai rekod kemenangan 27-0, sekaligus mengekalkan takhta juara dunia lightweight UFC.

sumber: astro awani, ratu sembang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*