Benda Ini Memang Wujud Dan Banyak Kali Terjadi. Hati Hati Bila Bercakap Dengan Orang Tidak Kenal Sebab Munkin Anda Boleh Dipukau

Video diatas adalah pesanan khidmat masyarakat dan sekadar lakonan

Pukau boleh berlaku melalui kaedah seperti hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan dan SMS), bersalaman, melalui angin, menepuk belakang, serta membuang najis atau pakaian buruk di hadapan rumah mangsa. Banyak juga kes pukau terjadi menggunakan medium laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kita juga harus berhati-hati sekiranya menemui benda pelik seperti telur busuk, selipar sebelah dan najis manusia di hadapan rumah kerana itu adalah salah satu cara untuk menghantar ilmu pukau ke rumah bagi tujuan jenayah.

Pukau boleh berlaku dalam tempoh sekitar 5 hingga 10 saat. Bagi wanita, anak gadis atau remaja, lazimnya mereka terjebak dengan pukau yang membabitkan perasaan cinta. Sebab itulah kita sering dengar, ada orang yang sanggup mengikut lari lelaki yang baru dikenali termasuklah warga asing kerana apabila terkena pukau, individu itu akan berasa terlalu sayang kepada orang yang mengenakan sihir ke atasnya.

Tanda-Tanda Dipukau

Tanda-tanda mereka yang terkena pukau ialah nampak sesuatu yang sebaliknya misalnya, hodoh bertukar cantik.

Selain itu, jantung berdebar-debar, terima panggilan senyap, sakit di belakang badan dan sakit kepala khususnya menjelang waktu Maghrib juga merupakan tanda seseorang terkena ilmu pukau.

Mereka yang terkena ilmu pukau ini biasanya tidak akan sedar melainkan selepas ditegur oleh orang sekeliling seperti ahli keluarga terdekat yang nampak perubahan diri mereka.

Cara Nak Elak Dari Kena Pukau, Ini Tips Patut Tahu

Terdapat kes yang membabitkan seorang lelaki yang terkena ilmu pukau ketika dia mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Selepas terkena ilmu tersebut, lelaki itu mengalami kemurungan selama tiga tahun.

Pada zaman moden ini jangan terasa pelik kalau kejadian pukau boleh berlaku pada seseorang. Apakah yang dikatakan pukau ini? PUKAU itu sendiri menjelaskan maksud di setiap huruf yang diwakili.

P – Pujukan

U – Ungkapan

K – Kata-kata

A – Ayat azimat

U – Umpan

Pendek cerita maksud PUKAU adalah hilang akal buat seketika, bingung atau terdiam atau tidak dapat melakukan sesuatu dengan fikiran yang waras. Pukau juga boleh dikaitkan dengan minda bawah sedar. Ianya bermaksud kita melakukan sesuatu tanpa kita sedari dengan akal fikiran yang waras.

Kes pukau yang pernah dilaporkan oleh akhbar- pix Harian Metro
Sebenarnya pukau boleh digunakan untuk dua perkara iaitu BAIK dan JAHAT. Pukau cara baik biasanya digunakan untuk tujuan perubatan oleh doktor psikologi atau kaunselor. Ada kalanya ianya digunakan untuk kaedah penyiasatan oleh pihak berkuasa. Pukau cara jahat pula biasanya digunakan untuk perkara seperti merompak, membunuh, merogol dan lain-lain yang bersifat jahat.

Pukau boleh berlaku melalui beberapa kaedah. Antaranya:

Hembusan asap rokok satu kaeadah pukau- pix giphy

Hembusan asap rokok

Renungan mata dan senyuman

Bersalaman

Antara tanda anda terkena pukau:

Melihat sesuatu yang hodoh menjadi cantik

Jantung terasa berdebar-debar

Sakit di bahagian belakang badan dan sering sakit kepala menjelang Maghrib

Mereka yang terkena pukau ini biasanya tidak akan sedar dengan perubahan yang berlaku pada diri mereka jika tidak ditegur oleh orang-orang terdekat. Banyak kes pukau terjadi di mesin pengeluaran wang.

Saat kita cuba mengeluarkan duit, tiba-tiba ada orang menepuk bahu dari belakang sambil menghembuskan asap rokok. Lelaki itu meminta semua wang yang dikeluarkan daripada mesin ATM tadi.

Bila dipukau, kita tak akan teragak-agak menyerahkan semua wang kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu. Saat dipukau, kesannya bukan hilang dalam sehari dua tetapi ada sehingga dua minggu kerana dalam satu kes, mangsa pukau mengadu sakit kepala dan sukar tidur selepas kejadian itu. Hanya setelah dirujuk kepada pengamal perubatan Islam, barulah penyakitnya beransur sembuh dan dia boleh menjalani hidup seperti biasa.

Pukau dilakukan oleh orang luar seperti dilaporkan oleh akhbar – pix Sinar Harian
Sebenarnya, kejadian pukau bukanlah sesuatu yang luar biasa berlaku di negara kita. Di mana-mana sahaja di dalam media massa atau internet, kita akan membaca rentetan kisah orang yang menjadi mangsa pukau ini.

Di sini ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa pukau.

Antaranya:

Sentiasa berwudhu

Berdoa terutama ketika keluar rumah. Bacalah ayat Qursi,dan Surah Al-Muawwizat ( Surah Al Ikhlas, An Nas dan Surah Al Falaq)

Membaca surah pendinding diri dan hendaklah diamalkan selalu iaitu surah Hud ayat 57, Surah Yasin ayat 9. Surah as Saffat ayat 6 dan surah Yunus ayat 81.

Semoga kita semua dilindungi Allah dari mara bahaya dan mengelak perkara tak diingini ini.

Sumber: Remaja / Sehinggit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*