Bila Anda Isi Minyak Tapi Ada Yang Tertumpah Mohon Hati Hati. Rakaman Ini Menjelaskan Kenapa




Kebiasaan pemandu atau penunggang motorsikal ketika mengisi minyak tidak prihatin dengan keselamatan dan bahaya yang ada di stesyen minyak.

Video Penuh Di Bawah

Banyak kes kes yang melibatkan kebakaran di stesyen minyak dan selalunya pengguna akan panik.

Elektrik Statik Di Stesen Minyak

1. Dari 150 kes, yang lebih banyak terjadi adalah wanita berbanding lelaki, kerana kebiasaan mereka masuk dan keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk ke dalam tangki.

2. Sebahagian besar kes terjadi addalah orang yang tengah mengisi minyak masuk kembali ke dalam kereta ketika hos masih di lubang tangki (muncung pam boleh menjadi pencetus kebakaran). Apabila mereka selesai mengisi bahan bakar dan keluar untuk menanggalkan pam, percikan api akan bermula, itu adalah di sebabkan dari akibat elektrik statik.

3. Majoriti berlaku kepada mereka yang terkena adalah yang memakai kasut bertapak getah dan memakai pakaian dari serat sintetik.

4. Jangan gunakan telefon ketika sedang mengisi bahan bakar.

5. Wap yang berasal dari petrol akan meyebabkan kebakaran ketika tersentuh dengan elektrik statik.

6. Dari 29 kes dianalisis ianya terdiri dari mereka yang kembali memasuki kenderaan mereka dan kemudian menyentuh pistol pam petrol semasa proses pengisian petrol. Hal ini terjadi pada kereta yang berlainan jenama dan model.

7. Cas elektrik statik mungkin berlaku ketika penumpang masuk ke dalam kereta semula dan pergeseran berlaku antara pekaian dan tempat duduk ketika keluar dan masuk dari kenderaan. Untuk mengelakkannya adalah disarnakan supaya TIDAK boleh masuk atau keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk. Gerakan masuk atau keluar hanya perlu dilakukan SEBELUM memulakan, atau setelah selesai mengisi minyak.

8. Apabila petrol tumpah atau terpercik ke atas lantai pembersihan haruslah di lakukan dengan segera, kerana wap yang terhasil adalah sangat mudah terbakar yang boleh dihidupkan oleh percikan elektrik statik ketika menghidupkan peralatan elektronik (seperti telefon bimbit, remote kawalan, dll) atau dengan geseran kunci kenderaan itu sendiri. Oleh itu SEBELUM menghidupkan enjin, petrol tumpah harus dikumpulkan dan bersihkan oleh kakitangan stesyen minyak.

TIPS KETIKA MENGISI MINYAK

Berhentikan kenderaan, tarik hand break, mematikan enjin, radio dan lampu

JANGAN : Jangan sesekali kembali ke kenderaan anda apabila anda menuangkan bahan bakar.

SEBAGAI PENCEGAHAN : Biasakan menutup pintu kereta selepas keluar atau masuk ke dalam kenderaan dan dengan cara ini elektrik statik akan habis ketika bersentuhan dengan sesuatu bahan metalik.

Setelah menutup pintu sentuh BAHAGIAN DARI LOGAM sebelum menyentuh pistol pam petrol. Dengan melakukan hal ini elektrik statik dalam tubuh anda akan dibuang pada logam dan bukan pada pistol pam minyak tersebut. SUMBER : Safety Gear

Nasib baik tak jadi apa apa yang lebih teruk

Video ini diambil dari laman Facebook KMV Kisah Mancing Viral menunjukkan seorang penunggang motorsikal menghadapi detik cemas bila tiba tiba motor dia disambar api.

Jika anda perasan, sebelum itu terdapat minyak tumpah. Munkin dia mengisi minyak dengan penuh hingga tertumpah. – KLV

BETUL KE? Motosikal boleh meletup kalau ada api dekat tank?

Video Kredit: Youtube Pelesit Selatan




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*