Subhanallah. Penyanyi Popular Ini Buat Cubaan Melaungkan Azan Dan Dia Telah Memeluk Islam




PENYANYI dari Ireland, Sinead O’Connor meninggalkan agama Kristian dan kini memeluk agama Islam.

O’Connor mendedahkan keputusan itu menerusi laman Twitter @MagdaDavit77, akaun tidak rasmi miliknya setelah kisah itu mula bertebaran dalam beberapa portal berita.

Penyanyi yang berusia 51 tahun itu turut mendedahkan nama Islamnya, Shuhada Davitt.

Pada tahun lalu, dia secara sah menukar namanya kepada Magda Davitt, lapor Independent of Ireland.

“Ini adalah pengumuman yang saya bangga menjadi seorang Muslim sekarang.

“Ini adalah keputusan saya sendiri. Semua kitab yang saya baca membawa kepada Islam,” tulisnya.

Dia sebelum ini pernah menjalani rawatan mental di Amerika Syarikat (AS) bersama Dr Phil.

Menerusi laman Twitter, O’Connor turut memuat naik foto dia mengenakan hijab.

Malah, dia turut berkongsi video dirinya yang sedang melaungkan azan.

O’Connor mula mencipta nama dalam bidang muzik sekitar 1980-an.

Dilahirkan pada 8 Disember 1966, dia popular menerusi lagu seperti Nothing Compares 2 U, Troy, This Is a Rebel Song dan Fire of Babylon.

Dia juga merangkul pelbagai anugerah seperti Anugerah Muzik Billboard, Anugerah Grammy dan Anugerah Muzik Video MTV.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Ini Sebab Kenapa Sinead O’Connor Buat Keputusan Memeluk Agama Islam. Subhanallah …

Betapa indahnya bila kita lihat ada saudara baru dalam Islam. Bila yang memeluk Islam itu adalah diantara nama nama terkenal di dunia ini menunjukkan betapa kuatnya agama Islam. Jika anda lihat video di atas anda akan tahu bagaimana hati dia boleh menerima Islam.

Percayalah bahawa hidayah itu milik Allah SWT.

Artikel By: KLV




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*