Suasana Tenang Di UiTM Puncak Alam Bertukar Cemas Apabila ‘Diserang’ Geng Jubah Hitam, Ini Cerita Pelajar

Suatu masa dahulu, kecoh tentang kes geng jubah hitam yang dikatakan berjalan dari rumah ke rumah atau dari bilik ke bilik untuk menyebarkan ajaran sesat mereka di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Malaysia.

Terbaru, geng jubah hitam ini dikatakan menyerang semula pusat pengajian UITM di Puncak Alam waktu malam. Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @KogyBear telah memuat naik sebuah video yang menarik perhatian netizen.

Video yang dimuatnaik salah seorang pelajar di situ telah mendapat 7.3ribu retweet dan pelbagai respon. Ini antara status pelajar UiTM Puncak Alam menerusi laman Twitter.

Scene kejar-mengejar

Video itu merakamkan satu kumpulan yang dikenali sebagai geng jubah hitam dikejar oleh polis di kawasan kediaman kolej universiti tersebut. Dikatakan geng jubah hitam ini adalah sekumpulan lelaki yang cuba memasuki kolej kediaman perempuan.

Mereka buat come back

Selalu datang UITM

Tetapi Berikutan Sumber Dari Harian Metro :

Mana ada geng jubah hitam

ORANG ramai digesa menghentikan penyebaran video atau isu berkaitan kumpulan atau individu memakai jubah hitam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam yang menjadi tular sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Bahagian Keselamatan UiTM Cawangan Selangor berkata, dakwaan itu tidak benar.

“Melalui siasatan yang dijalankan oleh Polis Bantuan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan maklumat yang tular berkaitan kumpulan berkenaan adalah tidak tepat.

“Mohon kepada pihak yang terbabit untuk berhenti menularkan isu ini kerana perkara seperti ini boleh mengganggu kententeraman awam di dalam universiti.

“Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tiada kejadian seumpama itu berlaku di dalam kawasan UiTM.

“Persekitaran UiTM Kampus Puncak Alam dalam keadaan baik, tenteram dan harmoni pada masa ini,” katanya.

Pada 31 Oktober lalu, tular di media sosial isu sekumpulan atau individu yang memakai jubah berwarna hitam dan memakai purdah yang dikatakan berada di dalam UiTM Kampus Puncak Alam dan mensasarkan penuntut untuk menyebarkan dakyah sesat.

Turut tular rakaman video menunjukkan beberapa kereta polis dan anggota polis menyerbu sebuah bangunan asrama pada waktu malam.

Bagaimanapun, tidak diketahui di mana dan bila kejadian itu berlaku.

Menurut komentar yang diberikan oleh netizen, mereka dikatakan bertindak ekstrimis dengan cara cuba untuk memukau  pelajar dan sebagainya. Tambah mereka juga, sejauh mana kebenaran ini tak dapat dipastikan kerana ada kemungkinan pihak lain sengaja mahu ambil kesempatan dengan menggunakan nama geng jubah hitam ini.

SUMBER : HMETRO, OHMYMEDIA, OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*