Zamani Rap Buat Juri Terpegun Dan Ini Komen Padu Juri Kepada Zamani

Seperti kata Nabil Ahmad, hos Gegar Vaganza ini munkin pertama dan kali terakhir Zamani menyanyi RAP. Sebelum Zamani RAP Battle dengan Billy Zulkarnain beliau berduet dengan Ameng Spring.

Sebelum ini Zamani pernah ditemubual tentang apa perasaan dia terima tugasan lagu RAP ‘ Bunga ‘. Zamani sendiri rasa amat susah tugasan untuk Final Gegar Vaganza 5 kali ini.

Video Temubual Zamani.

Zamani Ibrahim yang kini menyertai rancangan Gegar Vaganza musim kelima mencuri perhatian seluruh peminat peminat muzik tanah air. Untuk berada pada minggu akhir Gegar Vaganza pada malam ini, bukan lah sesuatu yang mudah bagi seorang lagenda ini.

Pada minggu akhir yang berlangsung pada 18 November 2018, Zamani diberi tugasan untuk membawa Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama bekas vokalis Kumpulan Spring dan juga bintang Gegar Vaganza yang lepas iaitu Ameng. Persembahan yang bertenaga daripada mereka membuatkan suasana dewan MBSA meriah.

Gegar Vaganza 5 Akhir (Lagu Duet) Zamani

Zamani Menggegarkan Pentas Gegar Vaganza .. Adakah Ini Tanda Seorang Juara GV5?

Zamani dan Billy Zulkarnain menyanyikan lagu RAP di pentas Gegar Vaganza 5. Selesai sahaja persembahan mereka, juri Khatijah Ibrahim memberi komen positif, Beliau amat bangga dengan persembahan Zamani kerana mampu RAP dengan begitu baik.

Dato Ramli MS atau Tok Ram juga memberi komen yang sangat positif kepada Zamani dan Billy Zulkarnain.

Akhir sekali komen dari juri jemputan Joe Flizzow, beliau memberi komen bahawa beliau menunggu Zamani untuk RAP kerana amat jarang sekali. Billy Zulkarnain dari arena balada jadi tidak sukar untuk mereka tetapi Zamani memang lain dari yang lain.

Adakah ini kali terakhir kita akan dengar Zamani menyanyikan lagu RAP?

Video Zamani dan Billy Zulkarnain RAP Bunga

Artikel By : KL Viral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*