Wanita Ini Cuba Menipu Laporan Polis, Selepas Diselidik Ini Sebenarnya Yang Berlaku

LAKONAN wanita kononnya dia menjadi mangsa curi di tandas stesen minyak di Petra Jaya, tidak menjadi apabila polis berjaya mengesan laporan yang dibuatnya itu adalah palsu.

Polis menahan seorang wanita kerana disyaki membuat laporan palsu mendakwa kononnya wang RM100,000 milik bapa saudaranya hilang dicuri di tandas sebuah stesen minyak di Petra Jaya, Khamis lepas.

Wanita berusia 30 tahun itu dalam laporan yang dibuatnya di Balai Polis Gita pada 15 November lalu, mendakwa dia kehilangan wang berjumlah RM100,000 milik bapa saudaranya dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, polis yang mengesyaki sesuatu yang mencurigakan dalam laporan itu, memanggil semula wanita berkenaan pada 10 malam 19 November lalu dan menjalankan soal siasat semula.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, wanita berusia 30 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Gita pada hari kejadian itu didakwa berlaku, ketika soal siasat yang dijalankan detektif Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, wanita terbabit akhirnya mengaku dia membuat laporan palsu selepas melesapkan wang itu untuk kegunaan peribadi.

“Wanita itu juga mengaku menggunakan wang itu untuk membuka perniagaan perkhidmatan pembersihan yang didaftarkan atas namanya.

“Wanita itu adalah orang kepercayaan bapa saudaranya. Semua urusan yang membabitkan wang, bapa saudaranya akan memintanya untuk menguruskannya,” katanya.

Katanya lagi, difahamkan wang tunai berjumlah RM100,000 itu adalah hasil jualan rumah bapa saudara suspek terbabit.

“Kes itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM2,000,” katanya

Sila Like Dan Kongsikan Jika Anda Sukakan Artikel Ini

Sumber Ini Dipetik Dari Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*