Memang Tak Patut Apa Papa Gomo Buat Belum Sampai 24 Jam Dibebaskan Dia Ditahan Semula

SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papa Gomo telah ditahan polis semula selepas dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya telah menerima empat laporan berhubung penularan berita dalam media ekoran kejadian di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 Subang Jaya tempoh hari.

Menurutnya, tangkapan dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada jam 1 petang, tadi.

“Keempat-empat kes telah dibuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Polis mengambil kesempatan ini untuk mengulangi kenyataan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang mempunyai tujuan dan niat jahat yang cuba memecahkan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, laporan polis akan dibuat dan seterusnya siasatan lanjut akan dijalankan ke atas mereka yang terlibat.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemuda Umno itu ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan video yang menaikkan sentimen perkauman dan dimuat naik dalam laman sosial.

Kata Mohamad Fuzi, polis bukan sahaja ambil tindakan kepada Papa Gomo tetapi kepada semua yang terlibat terutama yang menggunakan media sosial untuk menimbulkan keresahan kepada masyarakat, kita akan ambil tindakan.

Papa Gomo ditahan keluar kenyataan berbaur hasutan

IPOH – [ DIKEMASKINI ] Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papa Gomo ditahan berhubung kenyataan dalam satu video yang didakwa berbaur hasutan yang menaikkan sentimen perkauman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemuda Umno itu ditahan bagi membantu siasatan video yang dimuat naik dalam laman sosial, semalam.

“Semua kena sedia maklum, ini ekoran kenyataan-kenyataannya berbaur hasutan dikeluarkan pada video cuba menaikkan sentimen orang ramai.

“Kita tidak mahu perkara berkaitan isu agama dibangkitkan dalam keadaan luar biasa. Jika dibiarkan perkara begini, ia menimbulkan masalah lain berkaitan isu keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak antara Datuk Hasnan Hassan dan Datuk Razarudin Husain serta Pengerusi Perkep Kontinjen Perak di Mes Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan kenyataan menggugat keamanan di media sosial.

“Kita bukan sahaja ambil tindakan kepada Papa Gomo tetapi kepada semua yang terlibat terutama yang menggunakan media sosial untuk menimbulkan keresahan kepada masyarakat, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata, seramai 42 individu ditahan dipercayai terlibat insiden kekecohan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

“PDRM sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan keadaan agar kembali pulih sepenuhnya. Diharapkan tiada pihak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan kembali.

“Jika semua orang mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab, saya yakin usaha pemulihan dapat dilaksanakan dan operasi menahan mereka terlibat dalam insiden ini dapat dijalankan lebih berkesan,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*