Ketika TMJ Sedang Bercuti Bersama Keluarga Tiba Tiba 2 Orang Lelaki Ini Menjemput TMJ Ke Satu Tempat. Mesti Anda Tak Sangka Siapa Lelaki 2 Orang Itu

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Emirates, London bersama David Beckham dan Mesut Ozil.

“Tunku Ismail dijemput oleh David Beckham dan Mesut Ozil untuk menyaksikan perlawanan antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.

“Malahan, Tunku Ismail juga menerima cenderahati daripada Ozil,” demikian catatan pada Facebook TMJ pada Khamis.

Turut dimuat naik gambar Tunku Ismail bersama Beckham dan pemain Arsenal, Ozil dan Sead Kolasinac di bangku penonton.

Ozil turut menghadiahkan jersi kelabnya dengan tertera huruf TMJ dan nombor 84.

Satu lagi foto menunjukkan TMJ turut menerima sepasang kasut sukan.

Dalam perlawanan itu, Arsenal tewas 2-0 kepada Tottenham Hotspur hasil jaringan Son Heung-min dan Dele Alli.

Like I said before, horse riding with my kids and watching the North London Derby. I was invited by David Beckham and Mesut Ozil to watch Arsenal against Tottenham Hotspur at the Emirates Stadium. Great company.

Sumber : Mstar

TMJ Mempersoal Tindakan Dr Xavier Jayakumar Isu Pulau Kukup Yang Sepatutnya Sudah Selesai

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang menurutnya melibatkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah dalam isu status Pulau Kukup.

Ia susulan kenyataan Xavier hari ini bahawa Sultan Nazrin telah menyatakan sokongan ke atas pendirian kerajaan persekutuan agar status Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara ketika Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menghadapnya 12 Disember lalu

Menerusi Twitter, Tunku Ismail berkata Sultan Nazrin Shah tidak berkata apa-apa tentang perkara itu.

“Yang kedua, mengapa libatkan (pemangku) Agong? Apa yang anda cuba lakukan? Isu ini sudah selesai.

“Ketiga, perdana menteri kecewa kerana nampaknya beliau menerima makluman daripada beberapa orang di sekelilingnya bahawa keluarga diraja Johor akan membangunkan pulau itu,” ciapnya.

Dalam ciapan seterusnya, Tunku Ismail menggesa kerajaan “berhenti berkempen” memandangkan PRU sudah selesai.

“Sekarang masa untuk menjalankan tugas. Jangan cuba alihkan perhatian…cuba menggunakan isu lain sebagai helah. Fokus kepada kemajuan negara.”

Dalam kenyataan hari ini, Xavier juga berkata kerajaan persekutuan berhak untuk mengambil berat dalam isu tersebut dan penukaran status Pulau Kukup – kepada tanah kesultanan – boleh memberi kesan kepada reputasi negara dalam soal pengurusan kawasan berkepentingan antarabangsa.

Menurut Enakmen Tanah Kesultanan, mana-mana tanah yang diwarta di bawahnya menjadi milik sultan.

Pada 12 Disember lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi jaminan status Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor walaupun dimasukkan ke Jadual ke II enakmen itu.

Bagaimanapun peguam N Surendran berkata undang-undang Taman Negara Johor manyatakan hanya tanah milik kerajaan negeri boleh diwartakan sebagai Taman Negara.

Justeru, katanya lagi, satu-satunya cara untuk mewartakan semula pulau itu adalah dengan kerajaan Johor sekali lagi menjadi pemiliknya.

First of all Acting Agong did not say anything. 2nd why involve Agong? What are you trying to do? This issue is settled. 3rd the Prime Minister was upset because apparently he was told by few people around him that the Johor Royal family is going to develop the island.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*