Setelah 4 Hari Menunggu Akhirnya Adinda Azizah Memberi Jawapan Selepas Kekanda Mujahid ‘Cordova’ Hantar Surat

Tular cerita adinda, kekanda beberapa hari ini antara anak Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dengan Menteri Munahid Yusof Rawa.

Belum cukup dengan itu, netizen menambah lauk dengan bermacam macam troll dan meme sehingga ada menambah Ayahnanda dan Wakanda. Tetapi Nurul Izzah tidak beri apa apa respond sehinggalah hari ini.

Respond Nurul Izzah Tentang Isu Adinda Kekanda.

SETELAH empat hari, akhirnya bekas Naib Presiden PKR Nurul Izzah memberikan reaksi yang dinanti-nanti berkaitan surat terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa untuknya.

Menjawab artikel berita NSTP yang Mujahid mendakwa, ia adalah surat yang jujur yang ditulis daripada seorang ‘senior’ kepada seorang ‘junior’, Nurul Izzah berkata, walaupun surat itu mempunyai niat baik tetapi beliau menegaskan ia amat tidak wajar dan merendah-rendahkan martabatnya.

“Niat yang baik walaupun sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada Dato, bahawa surat terbuka adalah tidak sesuai dan merendahkan-rendahkan diri, sebaiknya kita memberi tumpuan kepada isu-isu sebenar,” kata Nurul Izzah dalam Tweetnya hari ini.

Selasa lalu, Mujahid menulis surat terbuka itu supaya memikirkan semula keputusannya yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau menulis surat berkenaan menerusi media sosial Facebook, ketika dalam perjalanan dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid.

Sumber Artikel: Hmetro Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*