Adakah Anwar Ibrahim Masih Akan Jadi Perdana Menteri. DSAI Berjumpa Tun Mahathir Dan Ini Apa Yang Terjadi Baru Baru Ini

Banyak spekulasi atau kontroversi berlegar baru baru ini tentang perlantikan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang selaku Perdana Menteri Malaysia sekarang.

Sebelum ini perjanjian adalah Anwar Ibrahim akan dinaikkan sebagai Perdana Menteri dan Tun Mahathir hanya menjadi Perdana Menteri sementara sahaja. Bermacam macam cerita keluar dan artikel ini akan mengesahkan apa yang terjadi antara Anwar dan Mahathir. Artikel ini dipetik dari Berita Harian Online.

Beri ruang pada Dr Mahathir pimpin kerajaan selama tempoh dipersetujui – Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi ruang untuk memimpin kerajaan selama tempoh yang dipersetujui.

Beliau berkata Perdana Menteri mendapat sokongan padu Pakatan Harapan.

“Berjumpa dengan PM @chedetofficial (Mahathir) selama sejam. Tun M mesti diberi ruang untuk memimpin kerajaan selama tempoh yang telah kami persetujui.

“Beliau mendapat sokongan padu PH,” kata beliau menerusi mesej twitter serta memuat naik gambar bersama Dr Mahathir, hari ini.

Ahad lalu, Dr Mahathir mengulangi bahawa beliau perlu akur kepada janjinya untuk hanya berkhidmat sebagai Perdana Menteri sementara meskipun terdapat gesaan supaya beliau terus menyandang jawatan itu sehingga pilihan raya umum akan datang.

Anwar turut mendedahkan bahawa beliau dan Dr Mahathir mempersetujui strategi yang sama berhubung isu Singapura selain memberi tumpuan terhadap ekonomi, lebih-lebih lagi berkaitan kemiskinan dan ketidaksamaan.

Anwar yang dinamakan sebagai pengganti Dr Mahathir berkata beliau turut berkongsi dengan Dr Mahathir mengenai pertemuannya baru-baru ini dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte serta meminta nasihat Perdana Menteri berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi minggu depan.

Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*