Alhamdulillah, Ada Berita Baik Untuk Adib Yang Kini Ditahan Di Thailand




“ALHAMDULILLAH, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi menderma sehingga cukup RM51,000,” kata Afiqah Baharuddin, 22, apabila wang diperlukan bagi menjamin suaminya yang kini ditahan di Thailand sudah mencukupi.

Afiqah yang dihubungi berkata, dia akan bertolak ke negara berkenaan pada Isnin ini bagi membayar wang ikat jamin untuk membebaskan suaminya Amirul Adib, 22.

Menurutnya, suaminya yang baru bekerja sebagai pemandu pelancong tidak mengetahui menjadi kesalahan apabila memiliki ‘walkie-talkie’ di negara itu.

Katanya, suaminya bertolak dari Perak dengan membawa pelancong dari negara ini sebelum ditahan selepas polis Thailand menemui walkie-talkie di dalam pemeriksaan di satu sekatan jalan di Sadao.

“Pada mulanya suami saya beranggapan ia kesalahan ringan, namun tidak menyangka pula ia lagi berat daripada kesalahan membawa senjata api dan kerana itu dia ditahan selain disaman atas dua kesalahan lain iaitu tiada pas pelancong serta tidak memiliki permit kenderaan.

“Jumlah keseluruhan wang jaminan yang perlu dibayar adalah sebanyak 400,000 baht atau RM51,000 menyebabkan saya terpaksa memohon bantuan orang ramai,” katanya.

Semalam, wanita itu menerusi akaun Instagramnya memohon bantuan orang ramai bagi meminta sumbangan untuk membayar wang jaminan suaminya yang ditahan di negara itu sejak 14 Disember lalu.

Menurut Atiqah, majikan suaminya ada memberinya wang, namun tidak mencukupi dan ahli keluarganya terpaksa menjual barang kemas bagi menampung jumlah diperlukan.

“Namun, hari ini duit sumbangan diterima itu sudah mencukupi dan saya sangat terharu serta berterima kasih kepada yang menyumbang wang berkenaan.

“Saya akan menggunakannya untuk membayar ikat jamin suami pada Isnin ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Ibu Ini Menceritakan Keadaan Terkini Anaknya Yang Ditahan Di Thailand Diatas Kesalahan Yang Memang Tak Dijangka

Subhanallah, lagi kes yang dikaitkan dengan negara jiran Thailand. Sebelum ini kes rakyat Malaysia terlanggar sehingga menghadapi keced3raan yang agak teruk tetapi tidak dibenarkan pulang ke Malaysia tanpa membayar wang ikat jamin yang memang tidak masuk akal beserta syarat yang agak mustahil.

Siapa saja yang tak excited bila nak masuk hari pertama kerja pasti semangat tu berkobar-kobar untuk berjumpa dengan kenalan baru dan timba pengalaman yang lebih meluas.

Hanya Kerana Walkie Talkie?

Namun, hari-hari gembira pemuda yang dikenali sebagai Amirul Adib ini menjadi suram dalam sekelip mata apabila dia ditahan oleh pihak polis Thailand kerana mempunyai Walkie Talkie.

“Adib mangsa keadaan. Dia Tak Tahu Menahu” – Isteri

Menurut isterinya ini, suaminya Adib baru pertama kali menjadi pemandu pelancong dan seumur hidupnya, dia tak pernah keluar dari Malaysia. Mestilah excited kan?

Tapi amat mendukacitakan apabila dia menjadi mangsa keadaan, tak tahu apa-apa terus ditangkap polis.

“Adib pertama kali kerja menjadi pemandu pelancong dan pertama kali pergi keluar negara. Excited buat passport. Adib dah fikir nak makan kat Hatyai tu makanan sedap-sedap”

Adib telah ditahan sewaktu sekatan jalan di Sadao kerana memiliki Walkie Talkie. Tak tahu menahu pasal isu ini, dia fikirkan ia hanya kesalahan ringan, rupa-rupanya ia lagi berat dari bawa pistol.

Adib telah ditahan dan dipenjarakan sejak 15 Disember lalu, untuk dibebaskan, Adib perlu bayar ikat jamin dengan jumlah wang yang sangat besar.

Nak jamin Adib kena ada RM 51k

Dalam pada itu, Adib juga disabit 2 lagi kesalahan lain. Dalam hal ini, isterinya cukup terkilan dengan majikan suaminya yang dianggap pandang remeh dalam bab-bab ini.

“14.12 – Bertolak ambil pelancong di Perak terus menuju ke sempadan. Dah lepas border semua lepastu dekat Sadao ada roadblock. Adib kena tahan sebab Walkie Talkie. Then Adib call yg bawa satu lagi kereta supaya sorok Walkie Talkie. Adib ingat kes ni kecil boleh settle. Rupanya kes ni berat. Lagi berat dari bawa pistol.”

“15.12 – Masuk penjara disana. Sampai sekarang masih disana..Nak jamin Adib kena ada 400k Bath / 51k Malaysia. Harga tinggi sebab Adib bukan warganegara Thailand.

Adib disaman atas 3 kes :-

1. Walkie Talkie

2. Pas pelancong

3. Permit kenderaan”

Bukannya, sebagai syarikat pelancongan, majikan sepatutnya tahu apa tindakan yang sepatutnya dilakukan.

“Adib , dah la pertama kali masuk penjara , negara orang pulak tu.”

“Sepatutnya kes diatas , syarikat yang Adib bekerja patut tahu sebelum masuk negara orang. Sekarang ni yang duduk dalam penjara Adib , dah la pertama kali masuk penjara , negara orang pulak tu. Sebab semua kes tu jatuh ke Adib sebab dia pemandu pelancong.”

Namun begitu pengurus syarikat tersebut dah salurkan bantuan separuh daripada jumlah yang diperlukan.

“Boss Adib ada bagi duit tapi tak banyak hanya setengah sahaja bkn separuh. Boss kata dia tak mampu kalau banyak sangat sebab perniagaan dia baru berjinak 2 tahun lebih.. Jadi sekarang ni kami dah ada separuh dari 51k dan nak cari lagi separuh.”

Disebabkan itu, isteri dan ahli keluarganya minta bantuan dan jasa baik kita semua untuk bantu derma kilat agar dapat menjamin suaminya yang masih dipenjara.

Haihh dugaan berat buat keluarga ni, kalau korang mampu derma lah seikhlas mana yang boleh. Insyaallah buat baik dibalas baik.

Cerita yang di viralkan ini adalah cerita anak saya yg dah 3 minggu di tahan di tahanan nathawi thailand atas 3…

Posted by Seri Siti on Tuesday, January 1, 2019

Notakaki: Semoga doa ibu Adib dimakbulkan dan semoga segala urusan dipermudahkan. Rasanya sudah tiba masanya rakyat Malaysia buka mata bahawa negara orang tidak seperti negara kita sendiri. Berhati hatilah bila ingin pergi ke negara orang. – KL Viral

Olahan Semula: KL Viral




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*