Kereta Tiba Tiba Rosak Dan 2 Lelaki India Menghampiri Dia Untuk Tolong. Boleh Percaya Atau Tidak Mereka. Subhanallah, Apa Yang Terjadi Selepas Itu Memang Tak Sangka




Jangan mudah nilai orang dari luaran dan Jangan mudah sama kan semua orang sebab seorang sahaja. 2 ayat ini ada kena mengena dengan kisah di bawah.

Artikel ini ditulis berdasarkan posting dari Dan Uno 

TAHUN BARU – KES SAGA BERDARAH

Pengalaman hari pertama di tahun baru. Dalam perjalanan ke rumah sepupu untuk ziarah new born baby, singgah drive-thru Starbuck selepas tol sungai besi menghala ke seremban, temperature kereta naik secara tiba-tiba.

Parking kereta, buka bonet kereta, buntu. Tiba-tiba di sapa oleh 2 orang berbangsa india. Rupanya mereka mekanik yg baru sudah tamat kerja. Mereka tawarkan diri untuk membantu. Terdetik dalam hati ‘boleh percaya ke?

Mula-mula mereka minta alas kaki kereta. Mereka ajar mcm mana nak buka radiator (tangki air). Bila dibuka tangki air, air merah (coolant) meluap2 keluar. Dia katakan nasib baik saya cepat, jika tidak banyak benda yang akan rosak lagi. Sy angguk tanda faham.

MACAM TAK PERCAYA JE??

Selepas itu, mereka offer untuk periksa secara percuma. Mcm tak percaya. Selepas diperiksa, puncanya ialah fan kereta tak berfungsi. Baru saya teringat relay kereta selalu terbakar. Jadi sy minta mereka periksa. Mmg sah terbakar. Jadi mereka offer untuk belikan relay yg baru untuk diganti. Saya setuju. Salah seorang dari mereka start motor pergi ke bengkel mereka yg berdekatan. Sambil menunggu sempat kami menolong ‘jump’ kereta lain yg tak boleh hidup.

Kawannya (Roy) tunggu di kereta bersama saya. Mcm2 yg kami bualkan. Dia sempat meminta tips untuk pembelajaran anaknya kerana dia tahu sy seorang guru (saya yg beritahu). Tiba-tiba hujan tujun dgn lebat. Sy dan Roy agak kawannya akan tggu sehingga hujan reda untuk bergerak kepada kami. Mengeluh sy dalam hati.

APA DIA BUAT MEMANG TERHARU

Tapi apa yg membuatkan sy terharu, kawan Roy itu sanggup meredah hujan semata2 tak mahu saya tunggu lama. Selepas menggantikan relay tersebut, sy bagi sedikit upah. Pada mulanya mereka menolak. Tp sy berkeras, ikhlas.

Apa yg ingin saya sampaikan, sy berbangga mengenali mereka. Menolong tanpa diminta dan tidak diskriminasi. Saya doakan rezeki mereka melimpah ruah dan banyak kebaikan yg akan mereka perolehi selepas ini. Kita satu bangsa Malaysia. Amin.

Have courage and be kind. Help other people. InsyaAllah, good things will come to you. Have faith. That is kifarah.

Terima kasih kawan. Kepada sesiapa yg ada masalah di highway, contact Roy (016 402 8252)😊 @ Starbucks Petronas Sungai Besi Highway.

Petikan Dari Facebook : Dan Uno

Edited By: KL Viral




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*