Pramugari Brunei Airlines Ini Dipuji Hebat Netizen Kerana Mampu Kawal Keadaan Ketika Ada Letupan Kecil Di Dalam Pesawat BI636 Ketika Di Udara




Cakap omputih ‘ Rules Are Made To Be Broken’. Tetapi ada peraturan yang ditetapkan di atas keselamatan diri sendiri dan orang lain. Bukan saja saja mereka buat peraturan. Bila seseorang itu tidak endahkan peraturan dan jadi pula musiibah yang tidak diingini, ini yang datang perasaan tidak puas hati.

Video Disediakan Di Akhir Artikel

Siapa kat sini yang tak pernah naik kapal terbang? Boleh confirm kebanyakan diantara kita mesti pernah punya kan? Lagi-lagi buat kaki travel, mesti setiap bulan dorang akan naik flight menuju ke destinasi pilihan masing-masing.

Malah kita seringkali diingatkan mengenai do’s and dont’s untuk menaiki pesawat bagi mengelakkan daripada sebarang bentuk kecelakaan selain melancarkan perjalanan kita.

Nak dijadikan cerita, semalam berlaku satu situasi yang tak dijangka dalam penerbangan Royal Brunei (RB) BI636 yang ketika tu dalam perjalanan dari Hong Kong ke Bandar Seri Begawan.

Menurut perkongsian Damia Hanie, difahamkan power bank milik salah seorang penumpang meletup ketika pesawat tersebut berada beribu-ribu kaki di udara.

Perkongsian salah seorang penumpang, katanya power bank tersebut meletup ketika sedang di’cas’..wallahualam

Bila Kurang Cerdik Tidak Boleh Disimpan

Namun apa yang dilakukan cabin crew bagi penerbangan tersebut mendapat pujian netizen kerana mengawal keadaan dengan tenang dan baik..memang power dorang ni.

Malah bukan sahaja cabin crew berjaya menjalankan tugas masing-masing, tindakan pantas Royal Brunei Airlines yang mengeluarkan kenyataan dengan segera juga mendapat pujian netizen.

Malah pihak syarikat penerbangan tersebut menjelaskan bahawa pesawat mendarat dengan selamat dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan..macam ni baru betul, masyarakat nak tau jugak.

Mari tonton video berkenaan insiden tersebut

Moga artikel ini menjadi pengajaran buat semua. Jangan sesuka buat perkara yang dilarang sebab bukan anda seorang yang akan kena tetapi semua orang.

Tahniah kepada pramugari dari Brunei .. bukan je anda comel bertudung dan tutup aurat tetapi anda memang cool handle situasi cemas begini… terbaik!

Sumber Artikel : Lobak Merah

Edited By: KL Viral

 




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*