Selama Ini Ada Tanda Halal Tergantung Rupa Rupanya Hidang Daging Babii Dalam Restoren Hotel




Kadang kadang kita pergi ke sesebuah restoren bukan hanya makanan yang sedap dan harga yang berpatutan tetapi sebagai umat Islam kita juga mahu makanan tersebut adalah bersih dan Halal.

Kita akan berpandukan kepada papan tanda halal atau sticker halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama dan secara automatik kita akan yakin.

Baru baru ini tular dimana ada restoren yang mempunyai sijil halal tetapi menghidang makanan yang haram. Subhanallah!

Restoran hotel saji daging babi, sijil halal ditarik serta-merta

IPOH: Sijil halal sebuah restoran hotel di sini ditarik balik selepas premis berkenaan didapati menyediakan menu berasaskan daging babi.

Ops Bersepadu melibatkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Taiping pada Khamis itu turut menemukan bahan berupa daging babi di restoran itu.

Hotel tersebut telah melanggar Perkara 4.8 (xv) Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014.

Disebabkan itu, pengiktirafan Sijil Halal yang diterima restoran hotel tersebut ditarik balik serta-merta untuk tindakan lanjut.

Pengarah JAIPK, Datuk Mohd Yusop Husin berkata pihaknya menasihatkan pemegang sijil halal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita nak bagi peringatan kepada mana-mana pengusaha supaya mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Begitu juga pengguna kena pastikan premis tersebut ada sijil halal yang sah,” katanya sepertimana laporan Sinar Harian.

Sumber Artikel: Astro Awani

Notakaki: Harap selepas ini tiada premise yang salah gunakan sijil Halal.




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*