Selepas Pantai Timur, Ribut Pabuk Singgah Pula Ke Songkhla. Kemusn4han Di Sana Lebih Teruk Dari Pantai Timur

BANGKOK: Beribu-ribu penduduk Thailand terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan manakala dua lapangan terbang utama ditutup selepas ribut tropika dengan angin berkelajuan 80 kilometer sejam diramal membadai negara itu.

Angin yang mengiringi ribut tropika Pabuk itu diramal mencetus ombak tinggi dan angin kencang di Teluk Thailand, menjelang ketibaannya di wilayah selatan Nakhon Si Thammarat.

Pegawai cuaca turut memberi amaran hujan lebat dan angin kencang di 15 wilayah di selatan Thailand, termasuk pusat pengeluaran getah asli terbesar di dunia dan beberapa pulau tumpuan pelancong.

“Angin kencang dan gelombang setinggi tiga hingga lima meter diramal di Teluk dan setinggi dua hingga tiga meter di Laut Andaman. Semua kapal dinasihatkan berlabuh,” kata Jabatan Meteorologi Thai dalam satu kenyataan awal hari ini.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana, sejak beberapa hari lalu, 6,176 orang dipindahkan ke pusat perlindungan dari Nakhon Si Thammarat serta wilayah Pattani, Songkhla dan Yala.

Ribut tropika Pabuk: Penerbangan dibatalkan, lapangan terbang ditutup

JIKA anda sudah mengemas bagasi untuk menikmati percutian singkat ke Koh Samui, Thailand pada hujung minggu ini, anda mungkin perlu berfikir dua kali.

Beberapa lapangan terbang di pulau-pulau peranginan Thailand ditutup dan penerbangan telah dibatalkan buat sementara waktu bagi menghadapi taufan tropika Pabuk yang dijangka melanda petang Jumaat.

Antara lapangan terbang yang ditutup termasuk lapangan terbang Koh Samui, Nakhon Si Thammarat dan Surat Thani yang dijangka ditutup sehingga Sabtu.

Memetik laporan Bangkok Post, Bangkok Airways telah membatalkan semua penerbangan dari dan ke lapangan terbang Koh Samui pada Jumaat bagi menjaga keselamatan penumpang, kerana ribut Pabuk sedang bergerak ke arah selatan.

Nok Airlines Pcl juga membatalkan kesemua lapan penerbangan ke dan dari wilayah Nakhon Si Thammarat.

Penutupan lapangan terbang antarabangsa Surat Thani menyebabkan pembatalan penerbangan oleh Nok Airlines, Lion Air dan anak syarikat penerbangan nasional Thai Airways, Thai Smile.

RAKAMAN VIDEO BETAPA DASYATNYA RIBUT PABUK DI THAILAND

Pada 04/01/(2019). Situasi Bencana Ribut Tropika Pabuk, Klip video diambil Pada pukul 08.30 pagi ini. Kawasan pantai Samila, Wilayah Songkhla. Terima kasih kerana kredit foto. Semua maklumat berasal melalui: TH Perpaduan Thailand

KELAJUAN OMBAK YANG MENAKUTKAN 

Laporan Berita ( Thailand )

Sumber Artikel : Astro Awani / BHARIAN ONLINE

Video : Facebook

Edited: KL Viral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*