3 Warga Emas Akan Buat Sesuatu Yang Tidak Disangka Apabila Akan Berbasikal Ke Mekah. Ini Sebab Kenapa Mereka Berani Buat Demikian




KUALA LUMPUR: “Niat kami mahu menunaikan haji dengan cara tersendiri selain buktikan kepada rakyat Malaysia terutama orang muda bahawa bukan semua warga emas itu menyusahkan.

“Sebenarnya warga emas pun boleh buat apa saja yang mereka suka dan berbakti kepada masyarakat,” kata Che Saad Noordin, 68.

Dia bersama tiga lagi penunggang berkayuh ke Makkah, Arab Saudi menerusi Ekspedisi Hujj@Road 2 Hujj 2019 pada penghujung Februari depan.

Penunggang lain ialah pengayuh solo tertua negara, Wan Hashim Wan Mahmood, 72, Muhamed Zainol Abidin, 62, dan Abdul Halim Talha, 51.

Menurut Che Saad, kayuhan sejauh 11,365 kilometer (km) itu akan merentasi Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu UAE dan seterusnya Arab Saudi.

“Kami akan manfaatkan pengalaman masing-masing dalam arena berbasikal ini untuk menempuh pelbagai rintangan semasa perjalanan.

“Laluan agak mencabar, jadi kami sudah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk cuaca buruk seperti hujan, kemarau, ribut dan banjir.

“Sebagai persediaan, kami melakukan latihan dengan berkayuh sejauh 30 hingga 40km setiap hari. Latihan dilakukan bersama penunggang lain atau secara solo atas inisiatif sendiri,” katanya.

Menurutnya, maklumat berkaitan ekspedisi itu akan sentiasa dikemas kini di Facebook rasmi, Kayuhan Ke Mekah.

Katanya, ekspedisi berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Lembaga Tabung Haji dan Kedutaan Malaysia di negara yang dilalui dalam kayuhan itu. Sumber ArtikelHMETRO ONLINE

EKSPEDISI HUJJ@ROAD 2 HUJJ MEMBURU HIDAYAH 2019

Saya Che Saad Noordin 68,( Baling Kedah)bersama rakan, Wan Hashim Bin Wan Mahmood 72, (Kelantan)dan Muhamed Bin Zainol Abidin @ Bashah Zainol Abidin 65, ( Alor Setar Kedah).

Kami dengan ini merayu sokongan semangat dan sokongan dana kewangan untuk kami bertiga melakukan Kayuhan Basikal Misi EKSPEDISI HUJJ @ROAD 2 HUJJ MEMBURU HIDAYAH 2019 dijadualkan pelepasaan pada penghujung bulan Januari 2019 bermula dari Malaysia melintasi Thailand, Myeamar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, UAE dan Arab Saudi hingga Mekkah selama hampir enam bulan.

Urusan dengan pihak Tabung Haji sedang di uruskan untuk mendapatkan kouta dan visa untuk membolehkan kami menunaikan ibadah haji Julai tahun 2019.

Sokongan semangat dan kewangan dari semua pihak kami alu alukan bagi memudahkan misi kayuhan berbasikal ke Mekkah.

Perbincangan dengan pihak Akhbar Utusan Malaysia juga sedang dilakukan untuk menjadi akhbar rasmi misi kayuhan ini untuk menyiarkan berita sepanjang kayuhan sewaktu di luar negara selama hampir 6 bulan.

Bersama ini saya sertakan foto pengayuh dan akaun Bank Muamalat untuk memudahkan sokongan semua pihak.

Kami juga mengalu alukan mana mana pihak yang ingin menyumbang 3 buah basikal yang sesuai di kayuh dari Malaysia meredah 8 negara hingga Mekkah.

Terima kasih pada semua pihak yang membantu kami untuk menjayakan misi ini
yang pertama secara rasmi di sertai oleh tiga pengayuh warga emas.

Untuk kemudahaan di sini saya tuliskan no hp setiap peserta terlibat untuk sebarang pertanyaan.

(1) Saad Noordin.hp 0194920006/ws 01155113080.

(2) Wan Hashim Bin Wan Mahmood. Hp / ws. 01110711367.

(3) Muhamed @Bashah Zainol Abidin. Hp/Ws. 0194517185.

Sumber: Saad Noordin




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*