Habib Jewel Memohon Maaf Selepas Buat Sesuatu Yang Agak Memalukan Kepada Sufian Suhaimi




Syarikat Habib Jewels tampil memohon maaf selepas menyedari kesilapan memuat naik gambar lama Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy ketika mereka diraikan sebagai pasangan dalam satu majlis tunang.

Menurut syarikat menjual barangan kemas itu, kesilapan itu didapati dilakukan oleh kakitangan mereka yang bekerja di jabatan media sosial.

Habib mengimbas kenangan bersama @elfiraloy semasa hari pertunangannya pada 2 September 2018 lepas. Tahniah keads Elfira dan Faris, yang telah selamat diijabkabulkan pada 1 Januari baru-baru ini.

#bridesofhabib #weddingsmalaysia

Kata kenyataan itu, tujuan asal mereka memuat naik gambar berkenaan adalah bagi meraikan Elfira yang baru melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari lalu.

“Berkenaan gambar salah yang kami muat naik untuk mengucapkan tahniah kepada salah seorang artis tempatan yang baru mendirikan rumahtangga baru-baru ini ia dilakukan oleh bahagian media sosial.

Assalamualaikum. Regarding the wrong picture we uploaded to congratulate one of our beloved local artists that has…

Posted by HABIB on Tuesday, January 8, 2019

“Kami meminta maaf kepada artis, suami dan peminatnya atas kesilapan itu dan mendoakan kebahagiaan kepada pasangan itu,” kata Habib Jewels pada hantaran dimuat naik di Facebook rasmi syarikat berkenaan kira-kira sejam lalu.

Gambar berkenaan memaparkan Elfira dan Sufian yang dirakam ketika mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu tetapi ikatan itu kemudian dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, melalui semakan Malaysiakini sebentar tadi gambar Sufian dan Elfira telah diturunkan daripada akaun Habib Jewels.

Selepas pertunangannya dengan Sufian berakhir, Elfira berkahwin dengan pemuda yang bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat telekomunikasi bernama Muhammad Faris Khairol Anuar.

Sumber : Malaysiakini

Ex Sufian Suhaimi Datang Majlis Kahwin Elfira Loy

Biarpun Elfira Loy sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, nama penyanyi Sufian Suhaimi tetap menjadi bualan ramai dan masih ada segelintir netizen yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas tunangnya itu.

Namun kali ini, bekas kekasih Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai Izyan pula yang menjadi perhatian ramai apabila hadir di majlis persandingan Elfira pada Sabtu lalu.

Menerusi Instagram, Izyan memuat naik gambar pada majlis resepsi dan turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut. Izyan turut meluahkan rasa gembira kerana Elfira dipertemukan dengan Faris.

“Allah tahu yang terbaik dan dia menemukan kita akhirnya. Tahniah atas hari bahagia ini. Semoga kasih sayang yang dikongsi hari ini semakin kukuh hingga ke tua

‚ÄúSecara jujurnya saya begitu gembira untuk kamu dan Faris dipertemukan untuk satu sama lain. Terima kasih juga kerana membenarkan saya dan rakan-rakan berkongsi majlis penuh magis ini. Semoga Allah merahmati perkahwinan ini dan saya harapkan yang terbaik untuk memulakan penyatuan ini,‚ÄĚ tulisnya.

Dalam pada itu, Elfira juga turut dilihat memuat naik gambar bersama Izyan dan mengucapkan terima kasih di atas segalanya kerana selama ini banyak membantu dia dan ibunya.

‚ÄúSiapa tahu kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu ke arah lain. Terima kasih kerana datang ke majlis perkahwinan saya. Semoga dipercepatkan jodoh juga Izyan,‚ÄĚ tulis Elfira.

Terdahulu, Sufian Suhaimi dikhabarkan bercinta dengan seorang gadis bernama Izyan sebelum didakwa meninggalkannya demi Elfira Loy.

Artikel Edited By KL Viral




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*