Kakak Lahir Dalam Kereta Viral Habis Tetapi Ramai Tidak Tahu Adik Dia Lahir Dimana. Ibu Mereka Dedahkan Segalanya




Viral di Twitter baru-baru ini apabila seorang gadis memuatnaik keratan sijil kelahirannya. Apa yang menarik perhatian adalah tempat kelahiran gadis berkenaan iaitu ‘dalam perjalanan ke hospital’.

Ibu bapa Nur Natasha Aina Mohd Azizan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku ketika melahirkan bukan hanya seorang tapi dua orang anak dengan tempat kelahiran unik.

Naik kereta abang ipar

Ibu Natasha, Nur Zainidah Abd Rajab menceritakan kisah menarik melahirkan anaknya itu kepada Mstar. Menurutnya, Tasha selamat dilahirkan sebaik kereta dipandu abang iparnya melalui Plaza Tol Rasah, Seremban, 31 Januari 1998.

Masa tu Hari Raya kedua… Makcik dari Alor Gajah, Melaka, rumah datuk Tasha. Sekitar pukul 2 pagi, makcik pergi tandas, tengok-tengok dah turun tanda air ketuban pecah.

Tapi makcik masih tenang sebab tak ada rasa sakit. Lepas tu suami tanya sempat tak kalau bersalin dekat Hospital Seremban. Dia tanya sakit ke tak, makcik kata tak sakit pun.

Jadi kami naik kereta terus ke Hospital Seremban. Dalam perjalanan dekat highway tiba-tiba minyak nak habis. Kami pun singgah di rumah mak mertua dekat Pedas, tukar kereta dengan abang ipar.

Masa tu dah sakit tapi bila dalam perjalanan ke Seremban, makin lama makin sakit. Waktu tu abang ipar bawa kereta manakala ayah Tasha duduk di depan dan makcik dekat belakang.

Kami suruh abang ipar masuk ikut highway makcik cakap dah tak tahan dah. Pakcik selak tengok-tengok kepala baby dah keluar. Makcik memang dah tak boleh tahan lagi terus teran. Elok je abang ipar bayar tol, baby pun keluar. Itulah kisah kelahiran Tasha.

Anak ketiga lahir dalam bilik air

Adik kepada Natasha, Nur Natasha Najwa juga mempunyai cerita tersendiri yang tidak kurang istimewanya apabila dilahirkan di rumah mereka di Seremban.

Adik Tasha pula dilahirkan di dalam bilik air. Waktu tu selepas balik keluar dengan mak mertua dan adik ipar, tiba-tiba perut makcik rasa tak selesa.

Pergi je bilik air tengok dah turun tanda. Makcik call suami suruh balik. Masa suami dalam perjalanan makcik sempat panggil jiran sebelah beritahu sakit hendak bersalin.

Elok je mencangkun, tangan tergerak nak rasa kat bawah. Pegang je rasa kepala dan keluar. Makcik turun ke lantai, separuh badan ke dapur, separuh lagi masih dalam bilik air, kemudian makcik mengiring panggil jiran dan baby pun keluar.

Bagaimanapun, Zainidah dan suami sepakat untuk meletakkan Hospital Seremban sebagai tempat kelahiran untuk mengelakkan anak mereka itu malu apabila meningkat dewasa nanti.

Sumber: Mstar via OhBulan




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*