“Jumpa artis lama pun tak hormat. Nasib baiklah saya produser ada gelaran Dato’ dan Paduka Ayahanda’. Kalau tak”




PELAKON dan produser Datuk Boy Iman mengkritik sikap segelintir pendatang baru industri seni tanah air yang dikatakan berlagak sombong terhadap artis senior apabila sudah popular.

“Jumpa artis lama pun tak hormat. Nasib baiklah saya produser ada gelaran Dato’ dan Paduka Ayahanda’. Kalau tak dengan saya dia ‘langgar’ dan berlagak.

“Saya perhati saja pelakon baru nak ‘up’ ini. Berlakon pun macam kayu. Harap pengikut ramai di IG (Instagram) dan media sosial,” katanya menerusi status di IG, hari ini.

Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman A Rahman meluahkan rasa terkilan terhadap pelakon baru terbabit sewaktu menceritakan kiriman mesej daripada seorang peminat yang menyokongnya sejak menceburi bidang seni 19 tahun lalu.

“Ketika ini (2002) dia (peminat) masih bersekolah dan mengaku undi saya dan paksa kawan, keluarga dan saudara-mara undi saya untuk menang atau tercalon dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002.

“Masa ini zaman kegemilangan saya dan menjadi rebutan produser, pengarah dan rakan media. Rebutan gadis tak payah cakaplah.

“Umur 22 tahun masuk Top 5. Walaupun tidak menang tetapi ia satu pencapaian hebat ketika itu tanpa ada media sosial dan kelab peminat rasmi.

“Sebab itu saya tak hairan dengan budak (pelakon) baru nak ‘up’ ni. Baru berlakon satu, dua drama, lepas itu ‘meletup’ sudah ‘kerek’ dengan kita artis senior,” katanya.

STATUS yang dimuat naik Boy Iman dalam Instagramnya. FOTO IG Boy Iman.

Menurut Boy Iman, ada pelakon baru didapati mula lupa diri dan bersikap sombong terhadap peminat dan media.

“Kalau bukan kerana mereka, awak bukan siapa-siapa. Apa pun, saya nak ingatkan industri ini kecil dan bermusim. Ada masa awak di atas dan ada masa awak di bawah,” katanya.

Penerbit filem Blok 404 itu turut menasihati pelakon baru supaya mempertingkatkan tahap lakonan dan mencari ilmu dalam bidang berkenaan supaya sering dengan populariti dikecapi.

“Bersedialah dengan apa yang patut apabila sudah tidak laku dan tiada peminat. Jangan pada masa itu tiada apa-apa,” katanya.

Sumber Artikel: HMETRO ONLINE




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*