Portal Rasmi Halal Dedah Kedai Serbaneka Ini Tak Ada Sijil Halal. Ini Jawapan Kedai Serbaneka Tersebut

Korang perasan tak, bila sesuatu makanan atau tempat makan tu viral semua akan berpusu-pusu untuk mencuba makanan tu kerana ‘kelazatan’ dan ‘kesedapan’ hidangan tersebut.

Sampai ada antara kita yang tak fikir langsung sama ada ianya halal atau tidak, asalkan viral maka sedap la tu kan..haa kan!

Contoh terdekat ialah kedai serbaneka jepun iaituFamily Mart, dulu takda la kecoh sangat pasal tempat ni tapi semakin lama kedai ni semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia, especiallyhidangan ODEN iaitu makanan ala-ala steambot.

Walaupun ada masanya pelanggan terpaksa beratur panjang dan mengambil masa yang agak lama untuk membeli, tapi takpe yang penting dapat makan.

Family Mart Tak Ada Sijil HALAL?

Namun, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari..cewahh berperibahasa pulak admin.

Actually semalam satu pendedahan dibuat oleh satu akaun di facebook iaitu Sahabat Halalmengenai kedai serbaneka Family Mart yang dikatakan tidak mempunyai persijilan halal yang sah.

Premis Family Mart bukan pemegang Sijil Halal. Maka status halal makanan-makanan yang dikira kritikal dari aspek syarak yang dijual di dalamnya terutama yang jenis masak di premis tidak diketahui status halalnya kerana tiada semakan dan pengesahan dari pihak berkuatkuasa.”

Sumber : Facebook

Alamak, macam mana ni? Betul ke tak halal?

So, untuk pastikan status ni betul ke tak, admin sendiri dan semak status halal kedai serbaneka ni di Portal Rasmi Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my , and keputusannya memang TIADAkorang boleh semak sendiri kalau takpercaya.

Hayokkkk…tapi jangan la korang jangan gabra sangat okay sebab ada penjelasan untuk situasi macam ni.

Takde sijil halal, tak semestinya haram…

Menurut REMAJA, Imam Muda Asyraf berkata , premis yang tak ada sijil halal makanannya tidak semestinya haram, cuma belum memohon lagi.

Tapi umat Islam memang digalakkan mencari yang halal kerana ia fardhu.

Sumber : Google

“Sebagai contoh kedai tomyam, warung nasi lemak dan lain-lain lagi. Ikutkan semua kedai-kedai kecil ini tidak mempunyai sijil halal. Tapi kita biasanya yakin dan tak ragu-ragu pun nak makan kerana melihat kepada siapa pemilik dan tukang masaknya. Masa yang sama nak mohon sijil halal ini perlukan masa kerana bukan senang.

“Ini sama jugalah dengan premis makanan mewah dan mahal. Tapi kebiasaannya kalau syarikat itu mampu membayar sewa bulanan yang mahal, maka dia juga berkemampuan memohon sijil halal yang biasanya mengambil masa yang lama.

“Permohonan sijil halal ini perlu bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis itu halal dan tidak bersifat syubahah,”

 Bagaimana kalau kita dah termakan benda yang syubahah ni?

Imam Muda Asyraf menjelaskan, biasanya mereka yang selalu atau sengaja makan benda yang diketahui haram ini, hatinya menjadi gelap.

“Ada hadis soheh menyebut tentang ini. Hati kita akan jadi hitam, malas untuk bersolat. Apa yang kita doa pada Allah tidak akan dimakbulkan. Inilah beberapa sebab mengapa kita tidak digalakkan memakan benda haram,”katanya lagi.

“kalau dah makan sebab tak tahu, cukuplah meninggalkannya sama sekali, tidak mengulanginya lagi dan selalulah lidah beristigfar memohon keampunan dari Allah taala.”

“Allah itu lebih maha mengetahuinya,”

Klik SINI kalau korang nak baca pendedahan lebih lanjut mengenai Family Mart selain komen-komen netizen berhubung perkara ni.

So kalau korang rasa was-was baik pergi cari kedai lain atau buat je sendiri kat rumah, lagi senang sebab kita tau ianya bersih dah halal.Apa pun tepuk dada tanya selera.

sumber: lobak merah

So halal ke guys? Ini jawapan daripada Family Mart.

Menurut Family Mart, kesemua barangan termasuk perkhidmatan makanan dan ready-to-eat diperbuat secara eksklusif daripada bahan halal. Malah proses permohonan Halal daripada JAKIM juga sedang dijalankan.


Buat masa ini, produk yang dijual di kedai sudah pun disahkan halal dan telah membawa logo halal pada pembungkusannya.

Bagi produk yang diimport, kami (Family mart) telah membuat pemeriksaan terhadap produk  untuk memastikan tiada ramuan haram.

So guys, jika ada keraguan anda semua dinasihatkan supaya membaca ramuan barangan terlebih dahulu supaya pembelian dibuat tanpa was-was!

Sumber : Rojak Daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*