Terkini

JAWI santuni Attar Azim, terima bantuan sempena sambutan Aidilfitri

BAHAGIAN Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama kumpulan JAWI Food Bank telah melawat seorang anak yatim yang merupakan anak kepada pengajar di KAFA Ar-Raudhah, PPR Seri Alam, Kuala Lumpur.

JAWI telah melawat Attar Azim Syukran Jamil, 9, yang merupakan anak kepada Allahyarham Syukran Jamil Ab Hamid yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Gua Musang – Kuala Krai, Kelantan pada 2 Mac lalu.

Kemalangan tersebut telah meragut nyawa empat ahli keluarganya dan hanya Attar Azim sahaja yang terselamat daripada kemalangan tersebut.

Pihak JAWI telah memberi sumbangan melalui Tabung Musaadah JAWI dan sumbangan dari warga kerja JAWI yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran JAWI, Hazwani Mohamad Nor.

Selain itu, JAWI Food Bank turut menyampaikan sumbangan kepada Attar di samping meluangkan masa beramah mesra dan memberi kata-kata semangat kepada kanak-kanak berkenaan untuk kekal tabah dalam menghadapi ujian ini.

Attar kini berada dibawah jagaan datuk dan neneknya di Felda Trolak Utara, Perak.

Turut hadir, Penolong Pegawai Unit Dasar Pendidikan, Syuhaida Mat Saud dan Ketua JAWI Food Bank, Shahril Mohamad. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top