Adakah Anwar Ibrahim Mula Panas Hati Dengan Malu Apa Bossku. Anwar Ibrahim Kena Tanya Bossmu. Siapa Pula Bossmu

SHAH ALAM – Populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang kian memuncak kini tidak disenangi oleh beberapa pemimpin termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwa bekas Pegawai Khas Najib, Isham Jalil berkata, ini dibuktikan dengan kenyataan Anwar yang kurang senang dengan kehadiran bekas Perdana Menteri itu berkempen di PRK Cameron Highlands.

Anwar kurang senang Najib turun Cameron Highlands

Menurut Anwar, beliau tidak dapat menerima Najib datang ke Cameron Highlands berjumpa rakyat seolah-olah tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya tengok berbanding dengan PRK yang lain kali ini Najib rajin datang. Bagus, memang hak dia sebagai warganegara dan rakyat.

“Tapi saya nak beritahu bahawa Najib kena terima kenyataan bahawa dia telah bawa satu kerosakan imej dan ekonomi Malaysia paling besar dalam sejarah. Satu dunia tahu,” katanya dalam Ceramah Perdana PH di Tanah Rata, di sini, malam ini.

“Semalam beliau (Anwar) pula bercerita pasal 1MDB.

“Mungkin mereka cuba menghangatkan isu 1MDB ini semula di saat populariti ‘Bossku’ Najib sedang meningkat dan di saat rakyat semakin tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan.

“Nampaknya kini Anwar pun mungkin sudah mula rasa tercabar dan tertekan dengan populariti ‘Bossku’ Najib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar dalam satu ceramah di Tanah Rata, menempelak Najib kerana hadir ke Cameron Highlands ‘tanpa rasa bersalah’ meskipun Najib orang yang bertanggungjawab merosakan imej Malaysia di mata dunia.

Jelasnya Isham, setiap kali ada masalah pentadbiran kerajaan PH atau kesilapan dasar mereka sendiri, yang mereka tidak mampu selesaikan, mereka akan petik 1MDB.

“Kalau ikut pemimpin-pemimpin PH ini, mungkin mereka rasa mereka semua murni dan bijak mentadbir dan semua benda adalah salah 1MDB dan salah Najib: Tak boleh hapus PTPTN: 1MDB.

“Tak boleh hapus tol: 1MDB; Tak boleh turun minyak: 1MDB; Harga sawit jatuh: 1MDB; Harga getah jatuh: 1MDB; Ekonomi negara jatuh: 1MDB; Orang hilang kerja: 1MDB,” katanya dipetik dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun katanya, hakikatnya apa yang berlaku amatlah berlainan.

ANWAR IBRAHIM TERCABAR

“Anwar sudah tercabar, lebih-lebih lagi bila ‘Bossku’ Najib kini popular dalam kalangan orang muda berbanding Anwar. 20 tahun lepas orang muda sokong Anwar.

“Tapi sekarang Anwar sudah tua. Orang muda kini pun mungkin tidak ingat beliau. Beliau pun mungkin sudah tidak boleh “relate” dengan orang muda sekarang,” katanya.

Jelasnya lagi, “tapi orang muda kini mula suka Bossku Najib. Anwar pasti panas,”.

Katanya, silap haribulan Anwar mungkin mencipta sejarah menjadi bakal Perdana Menteri paling lama iaitu bakal PM ke-5, ke-6, ke-7, ke-8 dan seterusnya.

KENA TANYA BOSSMU

“Kena tanya Bossmu Tun Mahathir. Kepada Datuk Seri Anwar, bersabarlah. Kalau ada rezeki itu, ada lah. Kalau tidak ada, nak buat macam mana.

“Rezeki tidak pernah salah alamat.Semuanya ketentuan ALLAH,” kata Pengerusi Sukarelawan Malaysia itu lagi.

Sumber Artikel: Sinar Harian

UCAPAN ANWAR IBRAHIM DI CAMERON HIGHLANDS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*