Ramli Mohd Nor Menang PRK Dan Beliau Adalah Orang Asli Pertama Masuk Parlimen. Ini Perkara Pertama Dia Buat Pagi Tadi Selepas Dilantik Jadi Ahli Parlimen

CAMERON HIGHLAND: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menjadi detik manis kepada parti itu selepas tewas dalam empat PRK sebelum ini.

Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia akan menjadi pembakar semangat untuk menghadapi PRK Semenyih, Februari ini selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu.

“BN akan meneruskan agenda penyatuan ummah yang kita lakukan ini (kerana) ia membuahkan hasil melalui kerjasama dan bantuan dari PAS terutamanya.

“Amat jelas sekali dalam PRK ini dan seperti yang kita jangkakan, pengundi PAS beri kepercayaan kepada BN.

“Ini jelas dibuktikan di peti-peti undi yang dulu dimenangi oleh PAS tapi atas kerjasama dua parti PAS dengan UMNO ia dapat hasilkan kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media sejurus pengumuman kemenangan calon BN, Ramli Mohd Noor, di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, strategi dan kerjasama amat baik dengan PAS itu akan memastikan supaya agenda penyatuan ummah di negara ini dapat terus dilaksanakan.

“Saya percaya rakyat dah buka mata, rakyat sudah buat satu referandum terjemahkan rasa tak puas hati mereka terhadap prestasi Pakatan Harapan yang banyak tidak tunaikan janji tetapi menghampakan rakyat.

“Kita yakin, kalau kita buat kerja kuat, BN masih lagi sebuah parti, walaupun ia tidak lagi mentadbir kerajaan (Pusat) tetapi jika diberi peluang kita akan bangunkan agenda kesejahteraan rakyat,” katanya.

Perkara Pertama Ahli Parlimen Ramli Mohd Nor Buat Pagi Ini Di Cameron Highlands.

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor

AHLI Parlimen Cameron Highlands yang baharu, Ramli Mohd Nor bertemu dengan orang ramai selepas memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands ketika tinjauan mesra di Pasar Pagi Tanah Rata.

Masa untuk beri khidmat kepada rakyat – Ramli

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, suit, beard and outdoor

“Keutamaan saya ketika ini adalah memberikan perkhidmatan kepada semua warga Cameron Highlands,” kata Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baru dipilih, Ramli Mohd Nor.

Katanya, selepas penduduk Cameron Highlands memilih dan menyatakan keyakinan mereka, kini adalah masa untuk beliau mula bekerja.

“Kerja sudah pun bermula dan kini saya mempunyai seramai lebih kurang 30,000 ‘bos’ (pengundi) yang saya perlu berikan khidmat kepada mereka.

“Saya nak lihat dan selesaikan masalah mereka baik dari segi kemudahan awam, pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dan pembangunan ekonomi mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pasar Pagi Tanah Rata di sini, hari ini.

Ia adalah lawatan pertama Ramli selepas secara rasmi dipilih sebagai Ahli Parlimen semalam.

Ramli turut mencipta sejarah sebagai wakil tunggal mewakili masyarakat Orang Asli di Dewan Rakyat.

Sumber Artikel: BHARIAN ONLINE

Tahniah Ramli Mohd Nor, anda telah menaikkan nama Orang Asli dalam Malaysia ini. Tahniah menjadi anak orang asli pertama untuk duduk di dalam Parlimen. Semoga segala usaha dan janji anda dipermudahkan. Insyallah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*