Terkini

‘Rider’ jerit tagih perhatian, dua syarikat penghantar makanan dikecam netizen

TERBAHARU tular seorang lelaki dipercayai ‘rider’ penghantar makanan memuat naik sebuah video memaparkan dia sedang berada di sebuah restoran makanan segera sekali gus membuatkan pelanggan yang berada di restoran terbabit tidak selesa.

Tindakan ‘rider’ itu telah mendapat kecaman hebat oleh warga netizen selepas video itu dimuatnaik oleh akaun media sosial ‘Malaysia Most Viral’ di platform X.

Video berkenaan mempamerkan dia merakam diri sendiri dan secara tiba-tiba menjerit “ramainya!.”

Pada masa sama, suasana di restoran yang meriah dengan pelanggan lantas bertukar menjadi suram apabila mereka semua terdengar jeritan lelaki itu.

“Video bodoh macam ni kalau bukan budak grab food budak foodpanda,” katanya menerusi kapsyennya di X.

Hal demikian mendapat rata-rata komen yang menyatakan bahawa lelaki itu seorang sengaja menagih perhatian sekali gus perbuatannya itu dianggap kurang bijak.

“Aku tak faham geng-geng grabfood dengan foodpanda gian nak jadi popular di TikTok ni kenapa? Bukan order random atau bukan kena buat marketing sangat. Mungkin sebab affilate atau review tapi entah lah,” kata pengguna @faizfayeshz di X.

“Aku sarankan semua saman budak ni. Langgar hak privasi orang sesuka hati. Menjengkelkan,” kata pengguna @Luthadli di X

“Dia rasa terpaling gempak la tu..padahal kita yang tengok ni cakap terpaling bodoh,” kata pengguna @jaydeedavidson di X.

Difahamkan, tiada sebarang motif dapat dikenal pasti berikutan tindakan rider berkenaan selain hanya laparkan perhatian.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top