“Hari Jumaat Ini Cukuplah 3 Minggu Ayah Sudah Tiada” Isteri Ini Menceritakan Kisah Sayu Bagaimana Ini Semua Boleh Terjadi

Bila seorang anak kecil bertanyakan soalan dimana Ayah dia sehingga tanya Ayah tak rindu dia ke? Allahu, betapa sedih dan luluhnya hati ini bila seorang anak kecil yang belum faham sepenuhnya tanya soalan begini.

Kisah sayu ini menceritakan bagaimana seorang suami dan juga seorang bapa telah ‘pergi’ akibat sakit. Betapa sedihnya apabila usia arw4h masih muda tetapi telah pun dijemput ilahi.

Aj4l memang tak kenal usia. Innallilah ..

Kisah ini diceritakan oleh isteri arw4h sendiri …

“Pagi 10hb tu bole lg arw4h bwk kami sarapan di luar dan pergi mendobi. Tetapi pada esoknya 11hb malam baru ke klinik dan pihak klinik bg surat refer ke hospital”

“Arw4h beritahu tidak larat nak pandu ke hospital dan saya pula mmg tak pandai drive. Lepas balik dari klinik arw4h terus makan ubat dan lepas tu berpeluh. Ketika waktu itu arw4h kelihatan sudah ok.”

LAMBAIAN TERAKHIR..

“Pagi subuh tu 12hb arw4h keluar kerja seawal 4.30am. Arwah buat grab fulltime, kami anak beranak bangun hantar arwah dgn lambaian tangan yg terakhir rupanya pagi tu. Anak2 pon ‘bye2’ ayahnya.”

“Dlm pukol 1 lebih atau 2petang lebih kurang arw4h telah memberitahu dia sudah berada di wad kecemasan Hospital Sungai Buloh.”

Punca Utama Arw4h Meniinggal Dunia

Demam denggi penyebab arw4h meninggal..masyarakat juga patut berkerjasama dgn pihak berwajib untuk menangani hal ini. Kene ambil kesedaran untuk membersihkan kawasan sekeliling.

Jika tidak mahu kehilangan org tersayang, kita semua perlu lakukan tanggungjawab menjaga kebersihan untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes

Semburan fogging bukan penyelesaiannya untuk mengurangkan kes demam denggi. Aktiviti semburan ini merupakan langkah pencegahan yang terakhir bagi membu nuh nyamuk aedes dewasa dan bukannya langkah paling utama.

Walaupun cara ini berjaya membasmi dan mengurangkan populasi nyamuk dewasa, ianya hanya berkesan untuk jangka masa pendek sahaja.

Hal ini berlaku di kawasan perumahan yang baru kami pindah sewa di situ. Baru 4 bulan kami menyewa. Pengawai penyiasat kesihatan Daerah Gombak telah melawat ke kawasan rumah sewa kami.

Menurut kata Pegawai Kesihatan tersebut, sekeliling rumah kami tiada masalah. Punca utama masalah adalah kawasan persekitaran perumahan tersebut.

Jadi ini semua adalah tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat perlu mnjaga dan memastikan tiada tempat yg membolehkan nyamuk aedes membiak.

Jangan Ambil Remeh Tentang Isu Ini ..

Puan Farhana Johari menyeru agar mesej ini ditularkan kerana demam denggi bukan satu perkara yang biasa.

Selalu kita mendengar bila seseorang terkena demam denggi, kita hanya perlu pergi ke hospital dan tunggu sahaja. Tetapi seperti kisah Puan Farhana Johari, arw4h suami beliau meniinggal sebab demam denggi.

Ramai dikalangan kita yang tidak ambil kisah tentang pembiakan nyamuk aedes. Pembiakan nyamuk aedes tidak perlu air yang banyak. Air yang sedikit seperti lopak air kecil sudah cukup untuk mereka membiak.

Artikel Ini Telah Dibuat Dan Diolah Atas Persetujuan Puan Farhana Johari

Artikel By: KL VIRAL

Notakaki: Akhir kata dari kami, Salam takziah kepada keluarga Puan dan semoga dipermudahkan segala urusan selepas ini. Innallilah – KL VIRAL

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*