Siapa Sangka Pokok Ini Ada Di Sekeliling Rumah Mampu Untuk Mengubati Diabetes. Abang Budin Akan Terangkan Segalanya




Tuan Budin Ali, nama beliau munkin tidak ramai kenali tetapi jika anda ada buasir, nama ini lah anda patut tahu.

Tuan Budin Ali terkenal dengan petua petua orang lama dan salah satu petua yang menjadi popular adalah petua mengubat buasir menggunakan siput gondang.

Hari ini kami bukan nak cerita pasal buasir tetapi ingin memberitahu petua bagaimana mengubat diabetes atau kencing manis.

Sekiranya anda seorang pesakit kencing manis yang kronik, anda perlu mengambil insulin dan anda tidak boleh makan makanan atau minuman yang mengandungi gula. Kandungan gula dalam badan terlalu tinggi boleh menjejaskan kesihatan.

Tuan Budin Ali telah membuat satu rakaman video dan menunjukkan ada satu pokok yang ada dikebanyakkan kawasan perumahan atau kampung yang boleh ubati kencing manis dan pokok itu adalah POKOK KARI.

Cara menggunakan pokok kari ini untuk pesakit kencing manis adalah tangkai dan daunnya kita harus rebus dan minum. Ulang proses berulang kali.

Apa yang menariknya, Tuan Budin Ali memberitahu ikuti sahaja langkah yang beliau berikan kemudian minum dan esok sila periksa kandungan gula dalam badan. Masy’Allah.. adakah benar boleh turun dengan hanya daun kari?

Mari ikuti video Tuan Budin Ali tentang Pokok Daun Kari untuk ubat Kencing Manis

Semoga perkongsian ini bermanafaat. Jika berguna mohon kongsikan kepada rakan rakan lain. Insyallah, semoga semua dipermudahkan.

Artikel By: KL VIRAL

7 Khasiat Daun Kari..

1. Penawar cirit birit dan buasir

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ianya merupakan penawar yang cukup ampuh.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.

Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening

Jika sering terasa loya dan pening, cuba tips ini. Ambil jus daunnya yang segar dan dicampurkan dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening .

Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

3. Diabetes

Kari juga berkhasiat dalam merawat diabetes. Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Kaedah ini boleh mengawal diabetes.

Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Khasiat Daun Kari

4. Rambut panjang dan sihat

Untuk mendapat rambut panjang dan sihat, cubalah tips mudah ini. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.

Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

Jangan berasa hairan, daun kari boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga. Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

6. Lebam dan bengkak

Daun kari juga antara salah satu bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk merawat luka atau lebam. Untuk mengurangkan lebam dan bengkak, hancurkan daun kari dan jadikan seperti pes untuk ditampal pada bahagian yang tersebut.

7. Kecantikan dan kesihatan diri

Daun kari juga adalah sumber kecantikkan. Kedengaran pelik bukan? Daun kari juga dapat digunakan untuk kecantikan diri. Anda boleh amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

Itulah sebahagian khasiat daun kari yang dapat kami kongsikan. Jangan main-main dengan manfaat dan khasiat daun kari yang ada di belakang rumah kita ya.

8.Khasiat Daun Kari Untuk Darah Tinggi

Nah, akhir sekali, daun kari juga dikatakan berkesan untuk merawat darah tinggi. Caranya adalah dengan mengawal tekanan darah tinggi dan memastikan peredaran darah berjalan lancar. Ianya juga dikatakn dapat mengurangkan pening kepala.

Seperti yang diketahui, darah tinggi biasanya sering dikaitkan dengan serangan janting. Oleh itu, secara logiknya boleh dikatakan jika perkara di atas dapat dikurangkan, ianya juga secara tidak langsung mengurangkan kemungkinan serangan jantung. Bacaan lanjut di DrHealthBenefits.

Sumber Artikel : Bidadari

Sumber : Tuan Budin Ali

Artikel By : KL VIRAL




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*