Nelayan Ini Berjaya Menangkap Pari Yang Dianggarkan Seberat 500KG. Angkat Ke Jeti Pun Pakai Kren. Anda Lihat Sendiri Memang Besar Betul




Ikan Pari atau nama saintifiknya Gymura spp./Dasyatis spp. adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia.

Video Pari Gergasi Di Akhir Artikel

Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.

Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine.

Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri,” mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. “Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia.”

Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk menyengat.

NELAYAN BERJAYA MENDARATKAN PARI GERGASI ANGGARAN BERAT 500 Kilogram

Seorang pengguna media sosial bernama Fandi Hj Mohd telah memuat naik 1 video tentang nelayan berjaya menangkap seekor ikan pari gergasi.

Ikan pari tersebut perlu diangkat ke atas jeti. Disebabkan pari ini terlalu besar dan berat, mereka terpaksa menggunakan kren semata mata untuk mengangkat seekor ikan pari ini.

Sengat pari masih belum ketika ikan ini diangkat, jadi semua yang berada berdekatan perlu berhati hati kerana sengat pari sangat bahaya.

Anggaran berat pari dikatakan diantara 200 ke 500 kilogram.

Video tersebut tersebar dan mendapat reaksi yang mengejutkan kerana jarang jarang mereka melihat ikan pari sebesar ini.

Mari layan video di bawah ..

Ini kalau jual memang banyak boleh dapat. Apa pun syukur kepada nelayan yang berjaya mendaratkan pari itu. Rezeki dari Allah SWT ..

Artikel By: KL VIRAL




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*