Adakah Boleh Tawaf Dan Saie Menggunakan Kenderaan Seperti Skuter Yang Dipakai Oleh Bazli Kumpulan UNIC

Semua umat Islam bercita cita untuk datang ke Mekah, samada ingin membuat umrah atau haji. Ini adalah destinasi wajib bagi semua umat islam (yang berkemampuan).

Apabila kita disana, kita akan rasa seperti dekat dengan Allah SWT. Kita disana akan penuh dengan ibadat. Subhanallah ..

Bazli UNIC naik Skuter Untuk Tawaf Dan Saie

Bazli salah seorang ahli dari kumpulan UNIC telah memuat naik satu rakaman video menaiki kenderaan skuter untuk tawaf dan saie. Sebenarnya video ini telah dimuat naik pada penghujung tahun lepas tetapi baru baru ini video tersebut muncul semua di laman sosial facebook.

Menurut Bazli UNIC, di sana memang terdapat kenderaan untuk disewa (skuter) untuk memudahkan seseorang melakukan tawaf dan saie.

Tetapi ada netizen yang mengatakan tak sepatutnya naik skuter kerana tidak merasai tawaf atau saie yang sebenarnya.

Mari ikuti video dibawah.

Apa Hukumnya Menggunakan Kenderaan Untuk Tawaf Dan Saie?

Pada 2015 tular satu video dimana jemaah haji menggunakan sejenis pengankutan bernamaย SEGWAY / MINI-SEGWAY. Perkara ini mendapat perhatian Mufti KL ketika itu. Mari baca ulasan mufti tentang ini.

Saya telah ditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenali dengan nama mini-segway ataupun hoverboard.Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kami kali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.

Segway / Mini-Segway

Segway / Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasa bateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan oleh syarikat Segway Inc.

Untuk menggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat ini dilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampu mencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan dan terdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagai mini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu seperti Segway yang asal.

Hukum Menggunakan Alat Tersebut

Melihat kepada nas-nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan:

ุฃู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุทูŽุงููŽ ูููŠ ุญูŽุฌู‘ูŽุฉู ุงู„ู’ูˆูŽุฏูŽุงุนู ุนูŽู„ูŽู‰ ุจูŽุนููŠุฑู ูŠูŽุณู’ุชูŽู„ูู…ู ุงู„ุฑู‘ููƒู’ู†ูŽ ุจูู…ูุญู’ุฌูŽู†ู

Maksudnya: โ€œSesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wadaโ€™ (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnyaโ€.

Riwayat Muslim (1272), Abu Daud (1877), Al-Nasaโ€™i (173), Ibn Majah (2948)

Begitu juga dengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:

ุดูŽูƒูŽูˆู’ุช ุฅู„ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู – ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ – ุฃูŽู†ู‘ููŠ ุฃูŽุดู’ุชูŽูƒููŠุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุทููˆูููŠ ู…ูู†ู’ ูˆูŽุฑูŽุงุกู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชู ุฑูŽุงูƒูุจูŽุฉูŒ

Maksudnya: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW: โ€œTawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang.โ€

Riwayat al-Bukhari (1633), Muslim (1276)

Di dalam hadis Jabir R.A:

ุทูŽุงููŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู – ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ – ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุงุญูู„ูŽุชูู‡ูุŒ ุจูุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุชูุŒ ูˆูŽุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽููŽุง ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ูˆูŽุฉูุŒ ู„ููŠูŽุฑูŽุงู‡ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูุŒ ูˆูŽู„ููŠูุดู’ุฑูููŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ุŒ ู„ููŠูŽุณู’ุฃูŽู„ููˆู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ุบูŽุดููˆู‡ู
Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Kaโ€™abah, saโ€™i di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.

Riwayat al-Nasaโ€™I (2975)

Berdasarkan nas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakan kenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:

โ€ข kerana untuk membimbing orang ramai.

โ€ข kerana untuk orang ramai dapat mengikuti dan mempelajari.

โ€ข kerana uzur atau sakit.

Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah HARUS.

Pendapat Ulama

Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulamaโ€™ yang utama membincangkannya:

โ€ข Pendapat pertama: Sebahagian ulamaโ€™ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:

ุงู„ุทู‘ูŽูˆูŽุงูู ุจูุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุชู ุตูŽู„ูŽุงุฉูŒ

Maksudnya: Melakukan tawaf di Kaโ€™bah adalah solat.

Riwayat al-Nasaโ€™i (2922)

Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan kaโ€™bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

โ€ข Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-โ€˜Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmuโ€™. Dar al-Fikr, 8/27].

โ€ข Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syafโ€™ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.

Ibn al-Munzir berkata: โ€œTidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil.โ€ [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Tarjih

Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafiโ€™e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.

Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:

โ€ข Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.

โ€ข Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.

โ€ข Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.

โ€ข Jauhi dari riyaโ€™, โ€˜ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.

โ€ข Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawaf menggunakan segway / mini-segway

Sumber Artikel :ย Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*