Pemandu Trak Bomba Ceritakan Apa Sebenarnya Terjadi Ketika Rusuh4n Di Kuil

SHAH ALAM: Sekumpukan orang awam menjerit supaya pasukan bomba pulang dan tidak memadamkan kebakaran apabila jentera bomba tiba bagi memadamkan kebakaran sebuah kereta di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 5 Subang, pada 27 November tahun lalu.

Pemandu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Md Elliza Mohd Noor, berkata keadaan itu menyebabkan penyelia bertugas bernama Badrol mengarahkan supaya mereka tidak keluar dari jentera terbabit.

“Sampai di lokasi, saya tak lakukan tugas sebagai ‘pump operator’ kerana ada pergerakan sekumpulan lebih 50 orang datang sambil jerit ‘jangan padamkan kebakaran’ itu sambil menuju ke jentera kami.”

“Tak sampai lima hingga 10 saat, saya dapati ketukan pertama di cermin depan dan diikuti balingan objek seperti batu-bata dan helmet.”

“Saya dapat lihat dua atau tiga orang awam berlari di sebelah kiri jentera saya ke arah belakang dan saya tak tahu untuk tujuan apa,” katanya pada inkues kema tian Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.

Md Elliza, 36, adalah saksi kedua bagi prosiding inkues kema tian Muhammad Adib yang bermula hari ini.

Dalam prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah turut meminta Md Elliza membuat lakonan semua keadaan orang awam yang dilihatnya, di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Dalam lakonan itu, Md Elliza berkata, kira-kira 50 orang awam yang menuju ke arah jentera dipandunya, menyorokkan tangan di belakang sambil menjerit meminta bomba pulang.

“Seorang daripada kumpulan itu lari dari arah belakang (kumpulan berkenaan) dan membaling objek putih seperti besi net takraw.”

“Selepas itu, ada batu bata dan helmet sampai ke cermin. Saya berasa takut,” katanya.

Sebelum itu, Md Elliza memberitahu mahkamah pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, par4h dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung ny4wa, Allahy4rham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*