Pembunuh4n Siti Masitah Yang Begitu Menyedihkan Dan Akhirnya Polis Dedahkan Punca Sebenar




“Berdasarkan pengakuan suspek, Siti Masitah dipukul menggunakan kayu dan polis sudah merampas senjata yang dipercayai digunakan suspek.

“Suspek adalah kenalan kepada keluarga mang sa dan tinggal sekampung dengan keluarga Siti Masitah.

“Hasil soal-siasat, pada awalnya mendapati lelaki terbabit tidak membuat pengakuan berkenaan kehilangan mang sa, namun soal siasat lanjut akhirnya mendedahkan pembabitannya,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Othman berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada 11 pagi mendapati punca kema tian mang sa akibat kecederaan parah pada kepalanya.

“Terdapat tiga kesan kecederaan pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala.

“Punca kema tian adalah disebabkan ‘Probable Head Injury’. Bedah siasat mendedahkan jantina mang sa ada perempuan,” katanya.

Othman berkata, ketika mayat ditemui kelmarin, ia dalam keadaan tertiarap dan hampir reput serta tangan dalam keadaan diikat dari belakang.

“Kami percaya mang sa sudah ma ti dalam tempoh lebih tujuh hari.

“Kami masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan mayat Siti Masitah,” katanya.

Beliau berkata, supek kini direman tujuh hari sehingga 17 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membu nuh.

Othman turut menafikan, penularan berita yang mengaitkan kema tian mang sa dengan sindiket penjualan organ manusia dan tidak menolak kemungkinan keadaan mayat yang tidak sempurna ditemui disebabkan haiwan liar.

Semalam media melaporkan, mayat Siti Masitah ditemui orang ramai pada 4 petang kelmarin di kawasan belukar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia.

Siti Masitah dilaporkan keluar dari rumahnya pada 5 petang, 30 Januari lalu untuk ke kedai runcit sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Ibu mang sa, Zaleha Abdullah, 35, yang juga warga Kemboja kemudian membuat laporan polis pada 11 malam hari mang sa dilaporkan hilang sebelum membawa kepada penahanan suspek beberapa jam kemudian.

Suspek ditahan susulan dakwaan penduduk kampung yang melihat kelibat Siti Masitah menaiki motosikal dengan suspek sebelum lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*