Wanita OKU Berkerusi Roda Tidak Dibenarkan Masuk Dalam Kedai Coklat. Ini Respond Pihak Kedai Tersebut

Kenapa tidak boleh masuk pula ke dalam kedai? Sebab kerusi roda? Pelik, adakah lantai kedai tersebut terlalu sensitif hingga tidak boleh membawa masuk kerusi roda?

Ini salah satu kes yang tular baru baru ini dimana seorang pengguna laman Facebook bernama Rozita Othman telah memuat naik 1 status berserta gambar mengenai makcik beliau tidak dibenarkan masuk ke dalam salah sebuah kedai coklat di Design Village Penang , Batu Kawan.

Hari ni bawa kak ipaq seorang OKU jalan-jalan kat Design Village Penang , Batu Kawan.

Sampai kat kedai cokelat B***l’s, sedih sekali kakak ipar tak dibenarkan masuk sebab beliau berkerusi roda.

Staff kat sana beritahu nanti akan rosakkan mozek/lantai mereka yang kononnya cantik. Menjadi persoalannya adakah naluri seorang OKU tidak layak untuk beli coklat jenama

Status di atas dimuat naik semula oleh Penang Kini di facebook dan perkara ini menjadi tular. Rata rata netizen mengecam tindakan pekerja kedai coklat tersebut kerana apa yang diperkatakan adalah mengarut,

Alasan lantai akan rosak sememangnya tidak masuk akal.

Rozita Othman juga memaklumkan bahawa tiada tanda menunjukkan kerusi roda tidak dibenarkan masuk.

RESPOND PIHAK KEDAI COKLAT

Pihak media NST telah menghubungi wakil dari kedai coklat tersebut dan tuduhan itu disangkal.

Menurut mereka, ini munkin salah faham dalam komunikasi kerana pekerja tersebut adalah baru dan munkin pekerja tersebut tidak tahu.

This might have been a mistake from our new staff. They might not be aware of it. We do not have such rulings.”

Mereka memohon maaf atas kesilapan yang terjadi dan mereka memberi tahu stroller atau kerusi roda memang dibenarkan masuk.

“We apologise on behalf of our staff. Anyone with stroller or wheelchair can enter without any problems,” said the spokesperson when called today.”

Sumber Asal : Rozita Othman

Sumber Rujukan : NST

Edited By: KL VIRAL

 

1 Trackback / Pingback

  1. Mengejutkan.. Wanita OKU Berkerusi Roda Tidak Dibenarkan Masuk Dalam Kedai Coklat.. Ini Respond Pihak Kedai Tersebut - Iswara

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*