Che Ta Kata Pereka Fesyen Tak Perlu Nyanyi, Ini Pula Respond Pereka Fesyen Tersebut…

PEREKA fesyen Ezuwan Ismail yang mengambil keputusan untuk menceburi bidang nyanyian tidak terasa hati dengan sindiran pelakon Rozita Che Wan yang dipercayai mengkritik suaranya di laman sosial.

Ezuwan berkata, setiap individu berhak untuk memberikan pendapat mereka masing-masing.

“Saya tak patah semangat kerana bagi saya setiap orang mempunyai hak untuk beri pendapat mereka. Saya akan ambil dari sudut positif dan perbaikinya.

“Saya tetap akan teruskan niat untuk lancarkan lagu itu minggu depan,” ujarnya kepada¬†mStar Online.

Ezuwan tetap mahu teruskan usaha jadi penyanyi.

Ezuwan mengulas kenyataan Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang menyindir seorang pereka fesyen agar tidak menceburi bidang nyanyian jika tidak mempunyai bakat.

“Dulu¬†designer¬†ni pernah cakap artis nak jadi fesyen¬†designer¬†caras market depa, tup tup kami dengar dia nak jadi penyanyi pula.

“Takyah nyanyilah kot macam tercekik sudu ja, menyanyi ka bercakap? Buat baju pun ala-ala kata orang.¬†No heart feeling,” tulis Rozita di Instagram pada Isnin.

Ini bukan kali pertama saya kena kecam, saya pun dah lali dengan kritikan orang.

EZUWAN ISMAIL

PEREKA FESYEN

Dalam pada itu, Ezuwan berkata, dia tidak membaca komen-komen di blog hiburan yang memuat naik status pelakon Kiah Pekasam itu berikutan boleh menjejaskan emosinya.

“Sedikit sebanyak memang terganggu emosi, tapi saya elakkan baca komen kerana ia melibatkan perasaan isteri dan orang keliling saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ezuwan berkata, dia sudah lali dengan kecaman sejak terlibat dengan dunia seni sebagai pereka feysen.

“Ini bukan kali pertama saya kena kecam, saya pun dah lali dengan kritikan orang,” ujarnya.

Artikel Terdahulu…

Pereka fesyen Ezuwan Ismail jadi penyanyi, tubuh kumpulan trio E1

PEREKA fesyen Ezuwan Ismail bakal keluar dengan single pertama berjudul Semalam Sahajabersama kumpulan trio yang digelar E1.

Ezuwan berkata, kumpulan yang turut dianggotai oleh dua model iaitu Zulyasrani dan Ariff Imran itu turut mempertaruhkan karya komposer dan penyanyi Asfan Shah.

“Ini bukan projek istimewa tetapi kami bertiga memang sudah ada rancangan untuk single seterusnya dan terus berada dalam industri muzik.

“Idea ini memang sudah lama saya fikirkan tapi sekarang baru terlaksana. Insya-Allah ini mungkin mencipta sejarah apabila pereka fesyen bergelar penyanyi,” ujarnya kepada¬†mStar Online.

Tambah Ezuwan, dia mahu mengetengahkan fesyen dalam lagu yang dibawanya.

Ezuwan mahu menceburi bidang nyanyian.

Selain itu, berkongsi tentang pengalaman pertama merakam lagu berkenaan, Ezuwan berkata, dia tidak melalui banyak masalah apabila mendapat tunjuk ajar komposer lagu tersebut.

“Selalu saya menyanyi di karaoke sahaja dan ini kali pertama masuk studio dan memang perasaannya takut kerana banyak teknik nak kena jaga.

“Tapi nasib baik Asfan banyak membantu saya sepanjang lebih sejam rakaman tersebut,” ujarnya.

Lagu dengan konsep pop balada itu dijangka akan dilancarkan pada Februari depan.

Sementara itu, Ezuwan bakal membuat jualan baju secara besar-besaran di butiknya di Dagang Avenue, Ampang pada 11 hingga 13 Januari ini.

Katanya, terdapat baju-baju yang pernah dipakai artis terkenal seperti Siti Nurhaliza, Janna Nick, Erra Fazira dan Nabila Razali bakal dijual dengan harga serendah RM50.

Lebih istimewa, Ezuwan berkata, baju-baju koleksi Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang pernah direka untuk penyanyi tersebut turut dijual.

“Sebelum meninggal dunia dahulu Allahyarham berpesan agar saya menjual baju-baju yang dibuat dengan saya.

“Baju tersebut dalam simpanan keluarganya, dan mungkin tiba masanya pihak keluarga Allahyarham mahu saya menguruskan jualan tersebut,” ujarnya.

Sumber : mstar online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*