Dia Mempermainkan Uncle Tua Ini Yang Kelaparan. Dia Muatnaik Dalam Tiktok Dan Akhirnya Dikecam Netizen

Tidak semua perkara yang kita lakukan itu adalah lucu dan tidak semua perkara yang kita buat orang lain akan ketawa.

Video Penuh Di Bawah Artikel 

Tak kira bangsa atau agama, dalam diri kita patut ada adab menghormati orang lain terutama kepada orang yang lebih tua dari kita.

Tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki merakamkan satu klip video menggunakan aplikasi Tik Tok di salah sebuah dobi (lokasi tidak diketahui).

Lelaki yang dikenali sebagai Deni Baadillah berada di dalam dobi dan pada waktu rakaman ada seorang pakcik tua berbangsa india sedang menunggu disitu.

Ketika rakaman, lelaki tersebut bertanyakan pada pakcik itu samada dia lapar atau tidak. Memang jika dilihat pada video, sebelum ia dirakam kemunkinan besar pakcik ini sebenarnya sedang meminta sedikit wang untuk makan.

Lelaki ini tidak fikirkan perasaan pakcik tersebut lantas merakamkan satu adengan dimana dia mempersenda sendakan pakcik tersebut dengan mengatakan dia pun tiada wang dan dia pun lapar.

Video ini dimuatnaik oleh Ramya Ammu di laman sosial Facebook dan selepas itu ia menjadi tular.

Kalau Awak Tak Nak Bagi Duit, Diam je La Bodoh, Kenapa Awak Ambik Video & Buli Uncle tu… Masa I Pergi KL Sentral Pun Ade Org Melayu Tanya duit utk mkn & dia kata lapar, I Ade beli makanan dan bagi duit juga, kenapa u orang buat mcm ni, kalau u tak nak bagi duit jgn la buat video..

Mari tonton video dibawah.

Komen Netizen..

Mira Juliet – “Kalau orang minta duit just bagi sahaja kalau takde jawab dengan cara elok kata tak de bukan ambik video then u want make you self famous bcoz not give a money idiots .. Cuba bayangkan kau kat tempat dia dengan keadaan lapar then orang ejek kau pasal kau minta duit .. Kau tahu tak agama islam tu indah bukan untuk orang macm kau belo padahal islam sendiri ada mengajar saling hormati orang tua walaupon dia bukan islam nii tak malah kau buat dia baha n mainan kau pikir dulu sebelum buat”

Kausely Renggaiya Kausely – “Datang skudai,,naik jejantas tmn sriputeri,,ko boleh tengok…so nk donate just donate ikhlas,,dnt upload in fb..bodoh punya manusia”

Shariman Abdul Samad – “Kecam si bodoh ni sahaja yer jgn kecam agama dan bangsa nya….kelakuan yg tak bermoral ini hanya mewakili dia seorang saja tanpa melibatkan siapa2….apapun kelakuan budak ini sangat2 naif dan memalukan…jika kita tidak mahu memberi jangan pula di aibkan dia.semoga kau insaf perbuatanmu”

Selepas diselidik, lelaki bernama Deni ini bukan berasal dari Malaysia tetapi dari negara jiran kita Indonesia.

Ada sesetengah komen mengaitkan perkara ini dengan bangsa dan agama tetapi anda kena faham ini tiada kaitan dengan bangsa dan agama kerana ini adalah perangai individu.

Tidak kira dari mana dia datang, dia tidak sepatutnya bertindak biadap dengan pakcik tersebut.

Artikel By: KL VIRAL

Posting Asal : Ramya Ammu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*