“Doktor Tak Pakai Water Filter Ke Doktor?” Jawapan Doktor Kepada Lelaki Ini Buat Dia Terdiam Sekejap

Zaman sekarang banyak jenama jenama water filter, air filter dan bermacam macam jenis filter keluar di pasaran. Perkara ini sudah biasa sebenarnya.

Jika 20 tahun lepas, admin pernah diberitahu pada masa akan datang air bersih pun orang jual, udara bersih pun orang jual. Perkara ini biasa berlaku dalam movie sains fiksyen tetapi pada zaman sekarang ternyata perkara ini benar benar belaku.

Artikel di bawah ini dipetik dari seorang doktor bernama Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris, beliau adalah Pengerusi dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia. Mari baca nukilan beliau tentang Water Filter.

“Doktor tak pakai water filter ke doktor?”

Eh, saya pakai je water filter di rumah. Tapi saya pakai water filter yang biasa – biasa je. Asalkan boleh tapis kelodak yang ada dalam bekalan air, ok saja.

Kadang – kadang kelodak dalam air akan buat rasa air kurang enak, jadi saya lebih selesa menggunakan water filter. Murah je pun tak sampai RM 200. Jenama Panasonic. Bila sampai masa ya, hanya perlu tukar penapis yang baru. Tak sampai RM 100.

“Doktor tak takut ke dengan bahan kimia dalam bekalan air? Boleh lekat dekat buah pinggang tau?!”

Apa yang kamun merepek ni? Memang la fungsi buah pinggang untuk ‘filter’ darah. Tapi ia bukanlah semudah itu. ‘Filter’ buah pinggang bukan macam water filter. Kalau macam tu, setahun sekali nak kena tukar buah pinggang ke apa?

Awak ingat air terus masuk dalam darah ke macam mana?

Sistem badan kita sudah lengkap dengan sistem untuk mengawal asid dan bes dalam badan. Belum sempat masuk sistem darah pun dah ada berbagai mekanisme badan mengawal apa yang akan sampai ke salur darah dan sel. Tak usah percaya la orang dok jual air alkali bagai.

Cuba tanya dia, apakah tahap pH dalam perut? Alkali ke asid?¬†¬†Nak lagi ‘power’, tanya penjual tu mana satu lagi sifat menghakis; alkali atau asid?

Pakai je la mana – mana filter ikut suka. Tapi jangan lupa untuk masak dulu. Air lebih afdhal diminum jika di masak dahulu. Memang tak mati kalau minum terus, tapi kita nak kurangkan insiden jangkitan kuman melalui air.

Nak pakai water filter GoAway atau Kokok pun, pakai la. Ikut kemampuan masing – masing. Memang mudah jika ada filter jenis yang boleh proses air yang terus panas atau sejuk. Tapi tengoklah kemampuan dan kegunaan.

Macam saya yang baru beranak dua ni, sempat je nak masak air dan simpan dalam bekas atau flask. Elektrik pun jimat.

“Doktor cakap macam ni, tak risau ke tutup periuk nasi penjual water filter?”

Apa ke merepek benor kamu ni? Penjual sendiri yang tutup periuk nasi mereka apabila bagi claim bukan bukan boleh sembuh berbagai penyakit. Sendiri cari penyakit lah.

Meh saya berikan tips untuk buka periuk nasi tu. JANGAN OVERCLAIM dalam pemasaran produk. Pelanggan akan lebih hargai peniaga yang ikhlas, tidak menipu dan berikan perhidmatan tip Рtop.

Mesej sahaja:¬†“Apa khabar tuan? Mesin penapis ok ke? Saya nak uruskan untuk maintenance. Boleh saya arrange tarikh dengan tuan?”

Simple je kan? OK la. Tak simple. Tapi boleh faham kan?

Sumber Artikel : Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*