Ramai Yang Memakai Jam Tangan Sebelah Kiri Tetapi Ramai Tidak Tahu Adalah Lebih Baik Pakai Sebelah Kanan




Soalan :

Assalamualaikum S.S Mufti, apakah hukum seseorang itu memakai jam di tangan kiri ? Adakah ia dianggap menyelisihi sunnah kerana Rasulullah S.A.W suka kepada tayammun (mendahulukan anggota kanan) dalam setiap urusan baginda ?

Jawapan :

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Secara asasnya, memang benar bahawa Rasulullah S.A.W suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan baginda. Ini dapat kita lihat di dalam sebuah riwayat daripada Aโ€™isyah R.A beliau berkata:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠูุนู’ุฌูุจูู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽูŠูŽู…ู‘ูู†ู ูููŠ ุชูŽู†ูŽุนู‘ูู„ูู‡ู ูˆูŽุชูŽุฑูŽุฌู‘ูู„ูู‡ู ูˆูŽุทูู‡ููˆุฑูู‡ู ูˆูŽูููŠ ุดูŽุฃู’ู†ูู‡ู ูƒูู„ู‘ูู‡ู

Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W suka kepada mendahulukan bahagian kanan, dari sudut memakai selipar, menyikat rambut, semasa berwudhuโ€™, dan juga dalam urusan baginda seluruhnya.

Riwayat Al-Bukhari (168)

Ini bermakna baginda sentiasa mendahulukan anggota kanan dalam urusan seharian seperti memulakan pemakaian selipar dengan kaki kanan, menyikat rambut dengan tangan kanan, makan dan minum dengan tangan kanan, dan perbuatan-perbuatan selainnya.

Meskipun begitu, terdapat beberapa riwayat yang secara spesifiknya menunjukkan kepada perhiasan atau aksesori yang dipakai oleh Rasulullah S.A.W di tangan baginda iaitulah cincin. Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฎูŽุงุชูู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูููŠ ู‡ูŽุฐูู‡ู ูˆูŽุฃูŽุดูŽุงุฑูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฎูู†ู’ุตูŽุฑู ู…ูู†ู’ ูŠูŽุฏูู‡ู ุงู„ู’ูŠูุณู’ุฑูŽู‰

Maksudnya: Adalah cincin Nabi S.A.W di sini, lalu beliau menunjukkan kepada jari kelingkingnya dari tangan kiri.

Riwayat Muslim (2095)

Justeru hadis ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa baginda S.A.W memakai cincin di tangan kiri baginda. Bahkan jika dilihat dari sudut hikmahnya, Nabi S.A.W makan dan minum dengan tangan kanan, justeru dengan memakai cincin di tangan kanan pasti akan menjadikan proses tersebut sedikit sukar. Imam Al-Buhuti Rahimahullah berkata: โ€˜โ€™Memakai cincin di jari kelingking tangan kiri adalah lebih afdhal berbanding memakainya di jari kelingking tangan kanan, kerana ia lebih selesa dan tetapโ€™โ€™. Rujuk Kasyyaf Al-Qinaโ€™, Al-Buhuti (2/236).

Manakala para ulama Syafiโ€™eyyah berpandangan bahawa pemakaian cincin di tangan kanan adalah lebih afdhal dan utama. Ini seperti pendapat Imam Al-Nawawi yang menyebut:

ูŠุฌูˆุฒ ู„ู„ุฑุฌู„ ู„ุจุณ ุฎุงุชู… ุงู„ูุถุฉ ููŠ ุฎู†ุตุฑ ูŠู…ูŠู†ู‡ ูˆุฅู† ุดุงุก ููŠ ุฎู†ุตุฑ ูŠุณุงุฑู‡ ูƒู„ุงู‡ู…ุง ุตุญ ูุนู„ู‡ ุนู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู„ูƒู† ุงู„ุตุญูŠุญ ุงู„ู…ุดู‡ูˆุฑ ุฃู†ู‡ ููŠ ุงู„ูŠู…ูŠู† ุฃูุถู„ ; ู„ุฃู†ู‡ ุฒูŠู†ุฉ ุŒ ูˆุงู„ูŠู…ูŠู† ุฃุดุฑู

Maksudnya: Adalah dibolehkan bagi seorang lelaki itu untuk memakai cincin perak di kelingking tangan kanannya. Dan sekiranya dia mahu (dia boleh memakainya) di jari kelingking tangan kirinya. Keduanya sahih dilakukan oleh Nabi S.A.W. Akan tetapi pendapat yang sahih lagi masyhur adalah lebih afdhal ia dipakai di tangan kanan. Kerana ia merupakan perhiasan dan tangan kanan adalah lebih mulia.

Rujuk Al-Majmuโ€™, Al-Nawawi (4/333)

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami berpandangan bahawa isu pemakaian jam tangan adalah lebih sesuai diqiyaskan kepada pemakaian cincin. Ini kerana, kedua-duanya dipakai di tangan. Oleh kerana itu, apabila kita menyatakan bahawa dibolehkan untuk memakai cincin di tangan kiri, maka demikian juga diharuskan untuk memakai jam tangan di tangan kiri.

Pemakaian jam di tangan kiri ini tidaklah ia termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang-orang kafir. Ini kerana, ia langsung tidak dianggap sebagai perbuatan yang terkhusus dengan budaya dan adat mereka. Bahkan menjadi suatu kebiasaan yang meluas di seluruh dunia bahawa orang-orang Islam juga memakai jam di tangan kiri.

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa hukum memakai jam di tangan kiri adalah harus. Ini berdasarkan qiyas kepada pemakaian cincin. Adapun begitu, sekiranya seseorang itu memakan jam tangan di tangan kanan dengan tujuan untuk mengikuti sunnah Nabi S.A.W yang suka mendahulukan anggota kanan, ia adalah lebih afdhal dan mendapat pahala Insha Allah. Tambahan pula sekiranya pemakaian jam di tangan kanan itu tidak menyebabkan kesukaran untuk makan dengan tangan kanan seperti dengan menanggalkan jam semasa makan, maka ia lebih utama.

Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.

Sumber Artikel :ย muftiwp.gov.my




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*