Subhanallah, Keluarga Ini Terpaksa Pikul Jen4zah Sejauh 60 Kilometer. Ini Teguran Mereka Untuk Presiden Indonesia, Jokowi

SULAWESI – INDONESIA. Sebuah keluarga terpaksa berjalan sejauh 60 kilometer (km) demi mengebumikan jena zah ahli keluarganya di Luwu Utara, Sulawesi Selatan.

Mereka terpaksa memikul jena zah dengan tandu untuk menuju ke kampung halamannya.

Razi Tantah meninggal dunia di Rumah Sakit Andi Djemma Masambu Luwu Utara, hari ini.

Difahamkan, untuk pulang ke kampung halaman, jena zah perlu menaiki pesawat ringan namun kerana kekangan kewangan mereka terpaksa memikul jena zah sejauh 60km selama 18jam.

Tak mampu beli tiket pesawat, keluarga pilih pikul jenazah sejauh 60km

Harga tiket pesawat mencecah 50 juta rupiah (RM14,312) membuatkan keluarga itu membatalkan hasrat untuk memilih penerbangan itu.

Mereka hanya ada dua pilihan iaitu menggunakan motosikal ataupun pesawat tetapi akhirnya mereka memilih untuk berjalan kaki.

Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa menempuh jalan berlumpur mahupun tebing yang curam sebelum tiba di kampung berkenaan. – Tribunnews

Sumber Artikel : Sinar Harian

Video Di Bawah Menunjukkan Bagaimana Sukarnya Perjalanan 60KM Itu.

Jika anda lihat video diatas pasti anda boleh rasa betapa susahnya mereka untuk membawa jen4zah keluar. 60km bukan satu perjalanan yang dekat. Mereka perlu berjalan kaki selama 18 jam.

Mereka memberi pesanan kepada Presiden Jokowi, kenapa tiada pembangunan dibuat di kawasan mereka.

“Padahal di kota-kota besar sudah ada akes jalan, tapi terus dilakukan pembangunan dan ditinggkatkan pembangunannya, sementara kami yang di pelosok hanya memerlukan akses sekitar 60 km tak diperhatikan,” salah seorang penduduk bernama Roy memberi komen kepada Tribun-Video.

Perkara memikul sejauh 60km bukanlah kali pertama dan sudah banyak kali sebenarnya. Mereka hanya perlukan jalan yang sesuai supaya mudah buat urusan. Jangan pinggirkan mereka.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*