Terhibur Netizen Bila Bossku Najib Razak Tukar Gambar Facebook Dan Ini Cerita Dia Mana Dia Dapat Gambar Itu

Baru baru ini gempar di media sosial bahawa ada menteri yang tidak mempunyai kelulusan pelajaran seperti diberitahu. Perkara ini menjadi tanda tanya kenapa sebelum ini mengaku ada ijazah tetapi sebenarnya tiada.

Najib Razak juga terkena tempias ini dan kerana nama dia semakin naik dengan tagline ‘Malu Apa Bossku’ telah mengeluarkan kenyataan tentang kelulusan pelajaran beliau.

Najib: Ijazah saya sah

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka hari ini mengakui beliau merupakan graduan Universiti Nottingham, England.

Najib membuat pengakuan terbuka itu apabila membaca laporan media pagi ini yang telah menulis emel kepada Universiti Nottingham untuk bertanya sama ada beliau benar-benar graduan universiti tersebut.

“Bersungguh mereka. Tak pula mereka menulis kepada National University of Singapore dan Australian Society of Accountants. Apapun, pihak universiti telah membalas media berkenaan.

“Universiti itu sudah sahkan saya peroleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri pada tahun 1974. Ya, saya memang graduan dari sana,” kata Najib dalam satu hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.

Najib berkata, Universiti Nottingham turut menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Undang-Undang pada tahun 2004.

Gambar beliau menerima ijazah tersebut telah dijadikan gambar profile di Facebook dan mendapat lebih 40,000 reaksi selain 1,610 perkongsian dan 3,700 komen tidak sampai satu jam gambar itu dimuat naik.

“Bertahun-tahun saya difitnah oleh PH bahawa saya bukan graduan. Kini sudah dijawab oleh media dan pihak Universiti. Media itu bagus. Mereka sanggup mencari kebenaran.

“Mengapa PH tidak pernah mahu buat demikian? PH tak ada e-mel ke? Tak tahu pakai telefon ke? Atau hanya ada Wechat,” tanya Najib.

Sementara itu, Najib berkata, dia telah cuba mencari sijil ijazah berkenaan di rumahnya tetapi tidak berjaya dan berkemungkinan tertinggal di Seri Perdana selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menurut Najib, beliau telah menulis kepada pihak universiti tersebut untuk mendapatkan sijil gantian.

“Mereka jawab akan kirim kepada saya dalam masa sekitar satu minggu. Apabila saya terima, saya akan muatkan gambar sijil itu di FB ini. Lepas itu, saya ingin tengok. Apa lagi mahu fitnah,” kata Najib

Najib Tukar Profile Picture Di Facebook

Sebelum ini Najib Razak menggunakan gambar profil facebook beliau ketika menerima ijazah untuk menutup mulut yang mengatakan beliau tiada ijazah.

Hari ini beliau buat kejutan lagi sekali dengan tukar gambar yang lebih ‘rare’

Mana Jumpa Gambar Lama Ini?

“Agak old school tapi inilah foto dari majlis graduasi saya pada tahun 1974. Saya turut bergambar bersama bonda, Tun Rahah dan adik saya Johari.”

“Masa itu, saya tampak cool sebab trend masa itu di England memang berambut panjang. Ok, saya mengaku saya juga terpengaruh masa itu. #MaluApaBossKu”

“Terima kasih kepada anak saya Ashman. Ashman habiskan masa hampir satu jam untuk mencari gambar-gambar yang sudah berusia 45 tahun ini dari rumah bonda saya.”

“Kalau DAP masih tak percaya dan ingin fitnah saya lagi, boleh pinjam mesin masa kawan Menteri Kewayangan untuk balik ke tahun 1974 cari saya.” – Najib Razak

Sumber : Najib Razak

Edited : KL VIRAL

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*