Penumpang Menceritakan Detik Detik Mencemaskan Ketika Feri Langkawi Mula Terbakar

FERI penumpang terbakar selepas lima minit baru memulakan pelayarannya dari Terminal Feri Kuah,Pulau Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian 2.50 petang tadi, feri itu dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis.

Semua 30 penumpang diselamatkan oleh bot persendirian dan nelayan yang berada di sekitar kawasan perairan Langkawi.

PENUMPANG MENCERITAKAN DETIK TERJADINYA KEBAKARAN

“FERI ini baru berlepas dari Terminal Feri Langkawi pada 2.45 petang dan kira-kira lima minit kemudian saya terhidu asap kuat menyebabkan semua penumpang cemas,” kata Fatihah Arshad, 29.

Fatihah adalah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kulim yang juga antara 52 penumpang termasuk kanak-kanak yang terselamat dalam kebakaran feri dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis.

Dalam kejadian, kesemua mangsa diselamatkan oleh beberapa bot persendirian yang kebetulan berada di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut Fatihah, ada sebahagian penumpang sempat memakai jaket keselamatan manakala sebahagian lagi tidak sempat berbuat demikian.

Katanya, dalam keadaan cemas itu, dia dan beberapa penumpang sempat melompat ke dalam bot sebelum api marak.

“Bagaimanapun semua penumpang berjaya diselamatkan dan dapat meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis.

“Kebakaran dipercayai bermula di bahagian belakang enjin bot feri berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fatihah berkata, sebaik menyedari api mulai membakar feri dan penyelia feri kemudian mengarahkan kesemua penumpang keluar melalui pintu hadapan feri.

Kemudian kesemua penumpang diselamatkan dua bot persendirian yang ketika itu berada di lokasi kejadian dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Usaha pemadaman sedang dilakukan bomba Langkawi dengan bantuan Jabatan Laut Kedah.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran membabitkan feri penumpang itu.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Video Rakaman Yang Berjaya Dirakamkan. 

Video Dari Denaihati Network

Video Dari Malaysia Gazette

Rata rata netizen mengucapkan syukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku yang melibatkan penumpang.

PERNAH TERJADI PADA TAHUN 2016 TETAPI TIADA PENUMPANG

Pada tahun 2016 juga terdapat kebakaran Feri di Jeti Pelancongan di Kuah tetapi tiada mangsa yang terlibat.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Pegawai Bomba Tinggi Mohamad Zabidi Che Teh pada tahun 2016 waktu itu, berkata tiada penumpang dalam feri itu yang berlabuh ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi.

Beliau berkata, 30 peratus daripada feri itu terbakar membabitkan kerusi penumpang bahagian tengah feri dan bilik jurumudi.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 10.18 pagi dan tiba di tempat kejadian pada jam 10.26 pagi.

“Seramai 18 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dipadam sepenuhnya jam 11.05 pagi.

Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*