Akhirnya Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah Buat Keputusan Yang Sebelum Ini Tidak Terfikir Untuk Buat




Isteri kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz hari ini sekali lagi mendakwa suami curang buat kali kedua. Pendedahan tersebut dibuat Bella Astillah setelah menerima Direct Messagedaripada seorang individu di Instagram.

Menerusi Berita Harian, Bella mengakui sudah tawar hati dan tidak menjangka perkara ini berulang lagi.

‘Saya tak sangka’

Ketika ditemui Berita Harian, Bella memberitahu jika berpisah adalah jalan terakhir untuk perkahwinannya dia akur dan redha.

Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan reda.

Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.

Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.

Tambahnya lagi, hal ini perlu dibincangkan antara ahli keluarga kerana apa sahaja keputusan membabitkan banyak hati.

‘Dia masih tak serik’

Selepas kontroversi hangat melibatkan seorang pelakon tahun lalu, Bella tidak menjangka peluang yang diberi disia-siakan begitu sahaja.

Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati.

Lima tahun kami saling mengenali dan usia perkahwinan kami juga memasuki tahun ketiga. Nampaknya, tempoh itu belum cukup untuk saya benar-benar mengenalinya. Dia masih tak serik.

Ikutkan, banyak lagi kisah seumpama ini yang saya pendam dan tidak kongsi bersama umum. Sudah banyak juga peluang diberikan dan dia masih bersikap acuh tak acuh.

Malah, dia turut mendakwa ada banyak lagi kisah seumpama ini berlaku namun hanya dipendam.

Tak halau, Alif pilih untuk keluar rumah

Dakwa Bella lagi, dia sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila menyedari perubahan sikap suami ketika hari terakhir penggambaran.

Kira-kira seminggu lalu, dia dan Aliff terbabit sebagai teraju utama telefilem, Dosa Itu Bukan Miliknya, di Perak. Awalnya, saya tak syak ada apa-apa antara mereka. Tak sangka, mereka sempat bermain perasaan dalam tempoh yang pendek ketika menjayakan telefilem berkenaan.

Cuma, saya yang menemani Aliff di sana mula syak apabila melihat perubahan sikapnya pada hari terakhir penggambaran. Aliff seperti tak fokus, emosi tidak stabil dan banyak berdiam diri.

Pada 16 Februari lalu yang juga hari lahirnya, sewaktu kami bergerak pulang ke ibu kota pun, dia melayan lagu ‘rentan’. Saya yang memandu kereta dengan ditemani anak, Ayden, juga perasan seperti ada yang tak kena dengannya. Situasi itu mengingatkan saya ketika dia dikaitkan dengan Afifah. Saat itu, dia gemar mendengar lagu ‘jiwang’.

Mengenai dakwaan dia menghalau Aliff dari rumah sejak 17 Februari lalu, Bella menjawab keputusan itu dibuat Aliff sendiri.

Selepas syak sesuatu berlaku, saya memberikannya pilihan, sama ada untuk memperbaiki hubungan atau keluar rumah. Dia memilih untuk keluar rumah.

Tak sangka pula, ada pihak yang menunjukkan kebenaran mereka keluar bersama ke kelab malam, awal pagi tadi, di Bukit Bintang.

Sumber : Berita Harian




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*